`tanda2 takut kepada Allah..

boring kan asyik baca entry emo aku..
kali ini aku entry aku ada ibrah sedikit..
saja untuk kongsikan sesama kita..
mungkin juga sebagai memperingati sesama kita..
dan juga untuk peringatan diri sendiri..

hasil bacaan aku sebentar tadi..
"PENENANG JIWA"
baru selesai chapter 1..
haha..
dah berkurun beli..
baru tergerak nak sentuh..
tak apalah kan daripada tak sentuh langsung..

tanda2 takut kepada ALLAH itu kelihatan dalam 7 perkara..

1. lisannya; dia menghindarkan daripada dusta, ghibah, menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap.. malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca Al-Quran dan muzakarah ilmu..

2. hatinya; dia membuang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya.. kerana kedengkian dapat menghapuskan kebaikan.. seperti Rasulullah SAW telah bersabda..
"hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu"

3. pandanganya; tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian atau hal-hal lain yang haram.. tidak pula terpikat pada dunia tetapi memandangnya dengan mengambil iktibar.. Rasulullah SAW telah bersabda..
"barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram, maka Allah akan memenuhinya daripada api pada hari Kiamat"

4. perutnya; perutnya tidak diisi barang yang haram dan itu adalah dosa besar.. sebagaimana Nabi SAW bersabda..
"manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh Malaikat dilangit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya.. jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di Neraka"

5. kedua tanganya; tidak menggunakan untuk perkara yang haram.. tetapi menggunakannya untuk taat kepada Allah..

6. pada langkahnya; dia tidak berjalan untuk maksiat.. tetapi hanya melangkah utnuk taat kepada Allah, mencari keredhaan-Nya serta untuk bergaul dengan para ulama, orang2 soleh..

7. terlihat pada ketaatannya.. menjadikan ketaatannya semata2 untuk mencari keredhaan Allah.. takut pada riak dan munafik..

okay.. itulah 7 tanda takut kepada ALLAH..
bagaimana pula dengan diri kita??
lengkapkah dengan ketujuh2 tanda tersebut??
tepuk dada, tanya iman..

Comments

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..