kawan tiada disisi??

ada baca tak entry post aku pasal kawan mencari kerana kesusahan atau kesenangan??
kalau belum baca lagi..
pi sana baca dulu..
heeee~

entry post tuh bukannya hasil nukilan aku eh..
dicopy sahaja yek...
dan untuk berkongsi..

betul kan katanya..
berapa keratlah sangat kawan yang ada masa kesusahan??
kawan yang manalah nak dengar segala keluh kesah dihati??
susah sangat nak cari..
kalau ada.. alhamdulillah..
dan hargailah sementara ada..
sedangkan.. ramai yang mencari kawan seperti itu..

tetapi..
kadangkala..
dia juga tak dapat nak berada semasa kita susah..
bukannya kita tak cari..
tetapi atas kekangan dan batas tertentu yang menghalang..
di sinilah baru kita rasa tercari-cari..

dan kita seringkali terlupa bahawa kita ada DIA..
indah kan percaturannya..
bila mana kawan tiada disisi.. DIA sering sahaja ada..
dan itulah kehendakNya..

jadi, bila mana kita rasa tiada sesiapa di sisi..
ingatlah.. DIA sentiasa ada..

selalu sahaja terjadi pada aku..
bilamana tidak tahu macam mana lagi nak mengadu..
dan tiada siapa yang hendak dimengadukan..
hanya padaNya aku berserah..
dan ternyata DIA tidak pernah melupakan hambaNya..
bila mana hati akan menjadi lebih tenang..

Comments

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..