muhasabah diri~

dalam hidup ini, kadang2 penting buat kita untuk bermuhasabah diri.. tidak pentinglah bagaimana kita nak muhasabah diri.. sesetengah memerlukan pemangkin untuk melakukannya.. sesetengah pula, boleh melakukannya sendiri..

walau bagaimanapun, kita sering lupa untuk muhasabah diri.. dan berterusan melakukan kesilapan.. jika ada yang berhati mulia, alhamdulillah kita akan ditegur.. sekiranya tidak.. kenalah kita fikirkan sendiri.. itulah gunanya kawan untuk menegur kita apabila kita membuat kesilapan.. selain itu, melalui pembacaan yang kita baca.. tidak kisahlah buku apa sekalipun..

sangat susah sebenarnya untuk muhasabah diri.. keinginan sahaja tidak mencukupi.. malah, kita kena istiqamah dengan apa yang kita cuba ubah.. dan yang penting sekali adalah langkah pertama untuk berubah setelah muhasabah diri.. sekiranya kita tekad, insya-allah mudah untuk kita berubah..

apa yang penting setelah muhasabah diri ialah tidak berterusan melakukan kesilapan yang sama.. inilah yang sangat susah.. untuk mengekalkannya.. seringkali di tengah perjalanan, kita mesti alpa.. apa yang mampu dilakukan ialah berdoa supaya apa yang kita lakukan akan berterusan dan Insya-Allah, Dia akan membantu..


ingatan untuk diri sendiri dan kawan2.. memang susah sebenarnya untuk mengubah kepada yang lebih baik.. tetapi tidak mustahil.. kita mestilah mempunyai kekuatan yang jitu untuk berubah.. selalu saja, ramai yang mempunyai niat untuk berubah, tetapi tidak mengambil langkah yang pertama dan tekad untuk berubah.. jangan pula mengambil masa yang lama.. kerana kita tidak tahu bila maut datang menjemput.. dan kita tidak sempat untuk berubah.. carilah kawan yang dapat mengingatkan kita apabila terleka dan terlupa.. dan Insya-Allah.. semuanya akan dipermudahkanNya dengan niat yang betul..

marilah sama2 kita bermuhasabah diri dan berubah kepada yang lebih baik.. insya-Allah.. ;)

Comments

  1. bismillahirrohmanirrohim.
    salam 'alaik.
    hihi.

    WOW. post yg sudah berubah. :)
    'hidayah tu urusan allah.
    perubahan tu urusan kita.'

    berubahlah walaupon payah.
    bukan perubahan yg buat kita jadi 'bukan diri kita'. tapi perubahan yg buat 'diri kita yg lebih baik'. semoga kita jd yg lebih baik dari sebelumnya. insyaallah.

    gudluck ukhti! :p

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumsalam
    hehehe..

    ok.. syukran.. ;)

    ReplyDelete
  3. ceit.

    aku cakap punya lah banyak,
    itu aje?

    haha ;p

    p/s: aku rasa kena start guna ana, anti lah. hihihi.

    ReplyDelete
  4. haha.. ak dah terkelu dgn pkataan.. :p

    btw, ak harap sgt kazen ak tuh bca.. hehehehe..

    ReplyDelete
  5. eyy.
    hidayah tu kan urusan allah.

    doa yg tebaik utk dia. insyaallah.
    cg zaharah kata kt aku hari tu, 'allah knows what is in ur heart'

    ReplyDelete
  6. hidayah tuh mmg urusan Allah.. tp, klu dy xusahakan.. mnalah nk da..

    hurmm.. iyelah2..

    ReplyDelete

Post a Comment

ada apa2 yang nak dikongsikan.. diluahkan.. atau apa2 jek.. silakan~

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..