hari guru 2010: guru pembina negara bangsa

16 Mei setiap tahun merupakan tarikh yang telah ditetapkan bagi meraikan Hari Guru di Malaysia.. pada sambutan hari guru yang ke-39 ini, guru pembina negara bangsa telah dipilih sebagai tema pada kali ini.. negeri pahang pula menjadi tempat sambutan hari guru peringkat kebangsaan..

ada apa dengan tema "Guru Pembina Negara Bangsa"

pembinaan negara bangsa adalah sejajar dengan hasrat Perdana Menteri kita iaitu YAB Dato' Sri Mohd Najib Razak melalui gagasan 1 Malaysia.. gagasan ini adalah untuk membina kekuatan melalui perpaduan nasional dan semngat kebersamaan.. terdapat 8 nilai yang menjadi teras gagasan 1 Malaysia iaitu; budaya ilmu, integriti, ketahanan, kesetiaan, kebijaksanaan, budaya ketepatan, budaya berprestasi tinggi dan budaya inovasi.. budaya2 inilah yang perlu diterapkan oleh rakyat Malaysia dalam budaya kehidupan bagi mencapai gagasan 1Malaysia.. sehubungan itu, bagi mengukuhkan lagi perpaduan rakyat.. adalah baik kiranya jika dapat diterapkan melalui pendidikan..  oleh yang sedemikian, guru2 seharusnya bertanggungjawab dalam menerapkan nilai tersebut untuk melahirkan insan yang cemerlang seterusnya menjayakan gagasan 1Malaysia ini..

apa yang dapat dikatakan disini ialah guru sememangnya memainkan peranan yang sangat penting.. bukan sahaja untuk pendidikan sendiri malah untuk pembentukan negara.. jadi, amatlah penting sekiranya para guru dapat membulatkan hati dan melapangkan dada dalam bersama2 memastikan pembinaan negara bangsa dapat dicapai..

SELAMAT HARI GURU kepada guru2..

kepada bakal2 guru.. persiapkanlah diri anda dari segi emosi dan ilmu.. supaya nanti kita lebih bersedia dan mampu menghadapi dunia profession perguruan yang sedia mencabar.. selamat maju jaya!!

Comments

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..