aurat wanita.. yang haram kekal haram..

seperti yang kita sedia maklum.. hukum Allah adalah tetap.. yang haram kekal haram.. dan yang halal kekal halal.. siapa kita untuk menghalalkan sesuatu yang haram.. dan mengharamkan sesuatu yang halal..


fokusnya kali neh aurat wanita.. sebagai muslimah, kita seharusnya menjaga aurat kita tidak kira dimana kita berada.. walaupun aku tau aku sendiri kadang2 alpa dengan tuntutan menutup aurat ini.. aku berharap aku terus tidak alpa dengan tuntutan ini.. tetapi tidak salah kiranya kita saling ingat mengingat supaya yang lain juga turut beringat dengan tuntutan yang satu ini.. sekiranya ada yang lupa, kita ingatkan.. Islam mengalakkan umatnya agar saling beringat.. ;) 


alhamdulillah kiranya jika ada yang sedar dan berubah.. bagaimana pula kiranya dengan yang berubah ke arah kemungkaran dengan meninggalkan tuntutan ini.. masya-Allah.. inilah yang kita ingin sekali elakkan.. kita berharap agar tidak tergolong dalam golongan ini.. Alhamdulillah kiranya teguran diberi kepada golongan ini, disambut baik dan lantas berubah.. bagaimana pula dengan golongan yang tegar.. nasihat yang dicurahkan bukan sedikit malahan banyak kali.. bukannya mereka tidak sedar akan tuntutan yang satu ini, mereka sedar.. namun, apakah sebenarnya yang menghalang mereka untuk memenuhi tuntutan ini.. inilah yang memusykilkan.. harapnya mereka ini dibukakan hati dan mendapat hidayah Allah untuk berubah kembali.. Insya-Allah..


semoga kita sama2 berterusan dapat memenuhi tuntutan ini tanpa mengeluh.. sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang kita lakukan.. dan harapnya mereka yang masih tidak memenuhi tuntutan ini dapat memenuhinya pada suatu hari nanti.. Insya-Allah...


ini adalah sedikit ringkasan asas aurat muslimah sekiranya ada yang lupa.. dipetik dari laman web JAIS..



ASAS AURAT

Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita.Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya :

1. Aurat Ketika Sembahyang
Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

2. Aurat Ketika Sendirian
Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.

3. Aurat Ketika Bersama Mahram
Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri. Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatsusila wanita terutana dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku. Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup syahwat lelaki. Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.

4.Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram
Kewajipan menutup aurat dihadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya. Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka. Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami. Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.

5. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Kafir
Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan islam adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud : Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya : " Tidak halal kaum wanita islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani".

6. Aurat Ketika Bersama Suami
Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain, maka islam telah memberi kelonggaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya. Ini bererti suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannya bila berhadapan dengan suaminya.
Mu'awiyah bin Haidah mengatakan : "Aku pernah bertanya : Ya rasulullah , bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?". Baginda menjawab :"Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba abdi milikmu". Aku bertanya lagi :" Ya rasulullah , bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat? " Baginda menjawab : "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak melihat auratmu". Aku masih bertanya lagi: " Ya rasulullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?" Baginda menjawab : " Seharuslah ia lebih malu kepada allah daripada malu kepada orang lain". (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)


Comments

  1. ni nak tanya? apakah yang dimaksudkan oleh rasulullah dengan seharusnya ia lebih malu kepada allah daripada malu kepada orang lain??
    boleh jelaskan kat sini x???
    sebab tak berapa faham tentang ayat tersebut..

    ReplyDelete

Post a Comment

ada apa2 yang nak dikongsikan.. diluahkan.. atau apa2 jek.. silakan~

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..