tak ada salah sesiapa pon..

keputusan akhir peperiksaan dah lama keluar..
rasanya dalam sebulan yang lepas..
dan aku tak langsung menyemaknya..
kerana aku sudah tahu apa yang tersuratnya..

dan hari ini secara rasminya, keputusan baru sampai dirumah..
nak tak nak kena menghadap dengan ibubapa..
apabila keluarga berlatarbelangkan 'well-educated'..
suatu harapan yang berbeza disandarkan..

apa lagi pilihan yang aku ada selain menadah telinga..
tak cukup tebal telinga aku..
bila mana tertembus ke hati..

iyaa.. aku tau keputusan aku jatuh..
aku dah lama tahu..
dan dah lama aku cuba terimanya..
tapi, entah kenapa..
aku tewas pada perasaan..
perasaan yang berasa telah menghampakan orang lain.. 

dan aku tak menyalahkan mana2 pihak apabila keputusan kurang baik..
dari persatuan hinggalah orang perseorangan..
hanya aku..
aku yang bersalah..

bersangka baiklah terhadap sesuatu..
boleh ka nak aplikasi kat sini..
tak pasti pula..
tapi aku tau..
ada hikmah disebalik kejadian..
mungkin aku akan lebih berusaha pada semester hadapan..

apa2 pun.. chill my dear.. ;)

Comments

Post a Comment

ada apa2 yang nak dikongsikan.. diluahkan.. atau apa2 jek.. silakan~

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..