cepat sembuhlah yek..

baru sahaja mendapat panggilan ayah aku..
demam adik aku semakin teruk..
dan kepekatan darah makin berkurang..
harapnya dia cepat sembuh..

adik aku yang bongsu.. baru sahaja lagi mendaftar diri di UNITEN..
baru minggu lepas..
isnin yang lepas, beliau mesej kakaknya yang satu ini..
mengatakan bahawa dia demam..
(dalam hati aku terasa lawak.. baru lagi daftar dah demam.. aishhh..)
terus aku laporkan kedua ibubapa aku..

kedua ibubapa aku menyuruhnya ke klinik..
dikhuatiri terkena denggi seperti abangnya tempoh hari..
tetapi adik aku ini tak nak pergi..

maka berangkatlah kedua ibubapa aku ke muadzam pada jumaat yang lepas..
segala barang dibawa.. takut2 terkena denggi..

semalam ibubapa aku membawanya ke hospital..
(sebab hospital dekat dengan asrama dia)
dan dia disahkan demam denggi..
dan lebih malang apabila ditahan wad..

dan sehingga tadi ayah aku menelefon..
demam adik aku makin teruk..
dan masih lagi ditahan di wad hospital segamat..
dan ayah aku terpaksa berangkat pulang malam ini..
dan emak aku terpaksa tinggal untuk melihatkan adik aku itu..

apa yang aku harapkan.. kesihatan beliau semakin baik..

"dik.. minumlah air2 yang emak bawak tuh.. 100 plus.. jus jambu batu merah.. cepatlah sembuh yek.. dah seminggu tak pergi kelas.. dahlah baru masuk nanti tak boleh nak catch up pula.. dik akan harapan mak ayah.."

** bajet macam dia baca kan.. tak apelah aku mendoakan agar beliau cepat sembuh.. semua orang susah hati..

Comments

Post a Comment

ada apa2 yang nak dikongsikan.. diluahkan.. atau apa2 jek.. silakan~

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..