ambulans.. tidur wad..

pernah naik ambulans??
tak pernah??
aku pernah...
heee.. (bangga kejap)

tempoh hari ada aku ceritakan tentang aku kena denggi..
kali ini aku nak sambung cerita tuh..
heee..

banyak dugaan yang aku kena tempuh masa aku kena denggi tempoh hari..
yang paling2 aku tak sangka ialah..
aku ada masalah masa nak amik darah..
mana taknya.. urat aku tak timbul..
jadi secara tak langsung, masa nak masuk air pon.. 
aku ada masalah jugak..

bayangkanlah masa pertama kali nak IV drip..
7 kali percubaan yang dilakukan..
barulah dapat uratnya..
habis lengan, tangan dan kaki..

kali kedua ketika diberitahu kena IV drip lagi, aku dah cuak..
yeahh.. memang aku cuak sebab aku tahu masalah aku yang satu itu..
5 kali percubaan oleh pembantu doktor dan akhirnya beliau give up dan panggil doktor..
dan doktor pula mencuba di leher aku.. percubaan pertama gagal..
percubaan kedua baru dapat..

dan disebabkan masalah itu juga aku dikejarkan ke hospital.. 
(selain sebab denggi yang makin parah)
perjalanan dari klinik kesihatan bayan baru ke hospital besar pulau pinang..
apa yang aku boleh cakap..
boleh tak driver ambulans bawa dengan penuh berhemah..
dahlah jalan tuh tak berapa elok..
ditambah dengan speed lagi..
aku rasa macam naik roller coaster..
nasib baiklah pening aku sudah berkurang..
kalau tak makin bertambahlah pening aku..
itulah pengalaman pertama aku naik ambulans..
siap pasang siren lagi ohh..


dan itu jugalah pengalaman pertama aku di tidur di wad..
tak selesa apabila IV drip aku di leher..
aku memberi kejutan pada doktor di situ apabila IV drip aku disetkan di leher..
dan bila tengok tangan aku.. pasti mereka tahu bahawa aku sudah teruk dikerjakan..
di hospital.. hampir 6 bag air aku dimasukkan..
nak pi tandas pon seksa..
terpaksa usung IV drip tuh skali..
dan disebabkan aku tak reti nak kawal IV drip tuh..
bila setiap kali aku ke tandas..
pasti akan ada darah yang keluar ke IV drip tersebut..
dan tak semena2 aku akan rasa pening bila tengok darah tuh.. hehe..


nasib baik jugalah aku hanya tidur satu malam di wad..
keesokan harinya aku dah dibenarkan pulang..
horayyy..

dan paling tak sangka apabila sebelum aku berangkat pulang..
guru besar dan beberapa orang guru tempat aku mengajar menjenguk aku.. hehe..
mungkin sebab dah seminggu aku tak hadir ke sekolah..
terima kasihlah yek cikgu2..

percaya tak.. lepas sahaja aku dibenarkan pulang..
selera makan aku tidaklah begitu baik..
hanya lalu beberapa suap sahaja..
tapi disebabkan pada hari tersebut, adik aku di Pahang turut ada..
dan ingin membalas makan nasi beryani..
maka aku yang tidak berapa selera pon turut balas nasi beryani..
tapi aku amik sedikit ja.. huhu..
teringin nak makan lagi.. heee~

harapnya.. itulah yek kali terakhir naik ambulans dan tidur wad..
tak nak dah demam denggi..
terseksa......

sekarang neh musim denggi ehh..


Comments

  1. semoga cepat sembuh lagi.. bahaya tul denggi.. makan sup ketam kata orang tua..

    ReplyDelete
  2. @aiman
    alhamdulillah.. dh sembuh.. :)

    aha.. hrtuh da jgk makan sup ketam.. hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

ada apa2 yang nak dikongsikan.. diluahkan.. atau apa2 jek.. silakan~

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..