dah nak puasa dah..

insya-allah petang ini akan tengok anak bulan..
dan sekiranya nampak anak bulan..
maka, malam ini bermulalah 1 Ramadhan..
dan esok kita warga Islam akan memulakan ibadah puasa..

ibadah puasa merupakan rukun Islam yang ke-3..
maknanya sebagai seorang warga Islam kita diwajibkan untuk berpuasa..
dan rukun Islam inilah yang menjadi refleksi sama ada kita seorang Muslim..
jadi, sesiapa yang mengakui dia seorang Islam..
esok jangan lupa puasa yek.. 

aku tak nak berceloteh panjang tentang ibadah puasa neh..
ramai yang mengakui kehebatan dan kenikmatan bulan puasa..
tapi, berapa ramai yang mengamalkannya?
dan ramai yang mengharapkan Ramadhan kali ini lebih bermakna daripada sebelumnya..
harapnya, dapatlah memanfaatkan sebaiknya Ramadhan kali ini yek..
entah berpeluang lagi atau tidak untuk kita bersua lagi dengan Ramadhan akan datang..

aku tak nak share tentang perkara sunat masa bulan puasa neh..
rata2nya pasti ada yang dah tau..
aku cuma nak kongsikan 3tahap puasa..

tahap pertama.. puasa al-umum.. 
dimana puasa ini ialah menahan perut dari rasa lapar dan dahaga dan menahan nafsu..
puasa ditahap ini adalah puasa ditahap paling rendah..
sebab puasa ini hanyalah sekadar meninggalkan perkara yang membatalkan puasa..

tahap kedua.. puasa al-khusus..
dimana puasa ini ialah menahan pendengaran, penglihatan,  lidah, tangan, kaki, dan seluruh anggota badan dari melakukan dosa..
dan puasa ini ialah puasa orang soleh..
puasa ditahap ini ialah apabila kita menjaga akhlak dan melakukan perkara sunat bagi menambahkan lagi kualiti puasa..
untuk itu 6perkara yang diperkatakan oleh Imam Al-Ghazali untuk mencapainya..
1. menundukkan pandangan dan menahan dari melihat perkara yang tercela..
2. memelihara lidah dari menuturkan perkataan yang tidak berfaedah.. hendaklah lebih banyak berdiam diri, banyak berzikir dan membaca Al-Quran..
3. menahan daripada mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak..
4. menahan anggota badan daripada melakukan dosa..
5. tidak berlebihan ketika berbuka..
6. hendaklah timbul dihatinya perasaan takut dan pengharapan kepada Allah..

tahap ketiga.. puasa khusus al-khusus..
dimana puasa ini ialah menahan hati dari keinginan yang buruk dan dari memikirkan sesuatu selain dari Allah secara total..
puasa tahap ketiga adalah puasa tahap paling tinggi..
dan puasa tahap ini menyamai tahap para nabi, al-Siddiqin dan al-Muqarabin..

jadi.. macam mana?
rasanya tahap dimana yang kita nak..
kalau ditahap ketiga.. usahakan lah kearahnya..
sekadar mengingatkan diri sendiri dan rakan2.. 
selamat menjalani ibadah puasa.. :)

** aim untuk khatam al-Quran pada Ramadhan kali ini.. insya-Allah..



Comments

Post a Comment

ada apa2 yang nak dikongsikan.. diluahkan.. atau apa2 jek.. silakan~

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..