semoga mereka bahagia..

Assalammualaikum..

sabtu yang lepas..
aku menghadiri majlis perkahwinan rakan sekelas aku..
rakan masa sekolah rendah..
dan juga masa sekolah menengah..

Alhamdulillah.. dia dah bahagia..
dan bertemu jodohnya..

dan aku menghabiskan masa hampir satu jam lebih..
berjumpa dengan rakan2 yang lain..
dan bertanyakan giliran masing-masing..
ada yang sudah dalam perancangan..
ada yang sudah bertunang..
masing-masing menghitung hari..

dan aku pula....
menghitung hari juga..
dipertemukan dengan dia yang telah ditetapkan..
aku percaya akan percaturanNya..
dan mungkin bukan di dunia..
tapi di akhirat sana..
aku tak begitu kisah akan diri ku..
kerana aku tahu akan ketentuanNya..

tapi.. apabila melihat mereka yang lain sibuk mengatur kehidupan..
hati sendiri bergelora..

dan kadang2 apabila mula berbual akan jodoh..
air jernih jatuh menitik..
bukan kerana tidak bertemu jodoh lagi..
tetapi akan kehilangan mereka yang rapat..
itu sudah pasti..
masa yang diluangkan pasti akan menjadi terhad..
untuk bercerita itu ini..
kehilangan tempat mengadu kasih..
kehilangan tempat yang selama ini menjadi pergantungan..

apapun... 
apa yang akan berlaku..
semuanya telah diaturkan olehNya..
dan semoga berbahagia kalian yang telah menemui jodoh..

actually just had a conversation with my dearest friend.. and I feel like lonely somehow..
but I know.. I have to faith to HIM..
and pray the best for us.. happiness..

Comments

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..