paper Aptitud UPSR

Assalammualaikum...

sebenarnya aku baru tau kewujudannya..
paper aptitud yang calon UPSR kena amik..
anywa.. just a sharing tuk sapa2 yang tak tahu lagi..

dan serba ringkas pasal paper ni..
diperkenalkan pada tahun 2009..
so, dah tiga tahun diperkenalkan..

mengikut surat dari KPM bertarikh 20 nov 2008..

ujian aptitud ini ialah sejenis ujian psikometrik yang menguji kebolehan semula jadi..
dan kebolehan yang diperolehi daripada pengalaman dan pembelajaran..

ujian ini bagi mengenalpasti potensi pelajar mengikut pembelajaran pada masa hadapan..
seperti....
membuat pilihan murid ke program pendidikan yang khusus seperti SBP, sekolah sukan, sekolah seni dan lain2..
membantu guru mengenalpasti dan mengetahui bakat, minat dan kecenderungan murid..
dan juga sebagai membantu guru mengenal pasti potensi mereka untuk belajar..

ujian ni berbentuk objektif aneka pilihan..
terdapat 61 soalan.. dan dijawab dalam tempoh 1 jam 30 minit..
kemahiran berfikir (20 item)..
kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan (20 item)..
minat, kecenderungan dan kesediaan (21 item)..
ohhh ya.. kertas soalan tertutup..

keputusan bagi bahagian I dan II dalam bentuk band 1-4..
manakala bagi bahagian III dilaporkan mengikut petunjuk kecenderungan iaitu akademik, agama, sukan, seni, teknik/vok..

ini ada beberapa sumber untuk faham lagi tentang ujian aptitud..

Comments

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..