jodoh itu rahsia Allah..

Assalammualaikum..

a friend of mine pernah cakap..
jodoh itu rahsia Allah..
kita tak akan tahu siapa jodoh kita..
sampai lah masanya..

dan bilanya kita tahu dia jodoh kita??

bila mana kita dah di akadkan dengan dia..
bila mana hubungan kita dengan dia adalah halal..
masa tuh lah dia jodoh kita..
kalau tak..
jangan mimpi lah cakap dia jodoh kita..

dan..
kebiasannya orang sibuk mencari siapa jodohnya..
mencari yang sesuai..
mencari yang serasi..
mencari yang memahami..
mencari yang sempurna..
mencari yang baik..

tapi..
bagi aku..
tak perlu nak sibuk sibuk mencari..
satu-satunya rules yang aku percaya..
perbaikilah diri sebaik mungkin kalau kita nak jodoh kita juga adalah yang terbaik..

dan bila masanya tiba..
gunalah jalan yang betul untuk membinanya..
tertarik dengan satu quoting dari satu buku..
" bagaimana kita nak Allah redha dengan rumahtangga kita kalau permulaannya sahaja banyak perkara yang tak Dia redhai kita dah lakukan"
aku tak nak hurai..
just kenapa tidak kita fikirkan tentang ayat yang satu ini..

dan bagi aku..
aku adalah aku..
tak perlu nak samakan dengan yang lain..
tapi aku jua insan biasa..
yang kadang alpa dengan tuntutan..
yang kadang bisa terjerumus..
dan aku hanya bertahan untuk menjaga segalanya..
dan aku hanya percaya pada percaturan yang diaturkan olehNya..
pada jodoh yang ditetapkan olehNya..

**kalau ada jodoh tak kemana.. berusahalah ke arah yang betul.. dengan cara yang betul.. insya-Allah Dia juga akan mempermudahkan urusanmu..


Comments

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..