pada suatu meeting ......

kali ini aku nak berkongsi tentang suatu mesyuarat yang aku hadiri..
hahaha~
tak tahulah nak kata bernasib malang atau tidak..
tapi, inilah ceritanya..

pada isnin yang lepas..
aku menghadiri suatu mesyuarat..
selaku MT tak kan lah aku nak skip pula..
walaupun terasa beratnya.. sebab baru naik cuti kot.. huhu..

kebetulan juga pada hari itu merupakan birthday presiden..
so, kami mengambil peluang untuk menyambut dan mensurprisekannya..
petang2 lagi, kami sudah memulakan rancangan..
membeli kek di suatu tempat..
kemudian operasi mencari kotak dan lilin..
alkisah mencari kotak..
kedai tersebut kehabisan kotak..
lalu aku minta lilin..
dan lilin tersebut hanya diberikan secara PERCUMA..
wahh.. aku berjaya menggoda pak cik tersebut untuk diberikan secara percuma.. hehe~

pada malam tersebut..
mesyuarat dijalankan seperti biasa..
biasalah sangat.. 
padahal sambil2 tuh berbisik tentang agenda tersembunyi..

setelah tamatnya mesyuarat tersebut..
kami MT-MT berbincang dengan presiden tentang aktiviti2 yang akan dilakukan..
sebenarnya nak bagi mereka yang lain membuat persediaan..
dan hanya kejutan yang biasa sahaja..
kek dibawa sambil lagu selamat hari jadi dinyanyikan..
dan yang pasti.....
beliau tidak sangka akan diraikan..
(tapi, ekspresi muka macam tak ada apa yang berlaku)

setelah makan2.. masa untuk pulang..
jeng.. jeng.. jeng..

kunci kereta Najua Missing In Action..
yeahh.. macam mana nak balik neh?
aku menumpang beliau..
setelah dirisik.. rupa-rupanya ada seorang exco telah terbawa balik..
kunci kereta tersebut diserahkan kepada salah seorang exco untuk mengambil kek..
tapi.... dia terbawa balik sekali..
panik sebentar~

kemudian najua menenagkan bahawa dia ada kunci spare..
hahaha!!
leganya......
tapi, apabila kunci kereta dibuka..
alarm kereta bunyi..
mestilah bunyi sebab kunci mula2 pakai remote..
nak buka pula guna manual..
sah2lah bunyi..
hinggar sebentar di PSZ..
setelah beberapa lama, diam lah kereta tuh..

kemudian, nak start enjin pula..
waaahh.. bunyi lagi rupanya..
huhu..
panik.. panik.. panik..
terus buat keputusan untuk mengambil kunci di exco tersebut..
tapi.. takkan nak jalan kaki kottttt..

yeahh.. penyelamat ada..
motosikal presiden..
dan akulah heroinnya..
disebabkan dalam ramai2 yang tinggal..
hanya aku yang boleh bawa moto..
so, akulah menjadi penyelamat hari..
hehe..

semasa ambil kunci moto..
encik presiden menunjukkan moto beliau..
tahu tak dia bawa motor apa??
RXZ??!!
erkkk.. terus ternganga aku..
dan tak sanggup aku..
huhu..
tapikannnnn..
dia tipu aku......
waaaaaaa.. rasa cam nak nangis ja..
moto apa eh.. lagenda kot.. kalau tak silap..

so, malam itu..
buat pertama kalinya aku merempit di UTM..
waaaahh.. sejuk rasanya angin UTM neh..
haha..
walaupun pemegang lesen L..
tapi aku bawa passenger sorang..
suka hatilah kan..
hehe..

akhirnya kunci pun dapat..
dan kami dapat juga pi makan..
huhu..
lapar seyh~

okay, itulah cerita mesyuarat aku yang lepas..
lepas ni, silalah terambil kunci lagi eh..
boleh aku pi merempit lagi..
hehe~

Comments

Post a Comment

ada apa2 yang nak dikongsikan.. diluahkan.. atau apa2 jek.. silakan~

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..