aku doakan yang terbaik untukmu..

semalam merupakan satu hari yang sangat panjang aku rasakan..
menguji aku kah??
mungkin..
emosi.. jangan dikatalah..

tetapi..
ALHAMDULILLAH..
hari ini aku cuba bangun..
dan aku akan cuba mengganggap skrip semalam tidak pernah wujud..

rasanya tiada guna aku memanjangkannya..
tak ada apa yang aku dapat..
hanya penat..
dan menambahkan kerisauannya..

dan aku hanya dapat mendoakan yang terbaik untuknya..
tiada lain yang mampu aku berikan untuknya dalam hal ini..
aku sepatutnya berada disisinya dan menyokongnya..
bukan menunjukkan protes kan..
(erkk.. protes ka?? tak2.. )

masing-masing ada kehidupan masing2 bukan..
jika itu yang dipilihnya..
aku seharusnya menyokong..
dan aku juga telah meninggalkan pesanan untuknya..
sama ada dia mahu ikut atau tak..
itu terpulang..
siapa aku untuk memaksanya melakukan apa yang aku tetapkan..
betul tak??

ikhlas dari aku..
aku sentiasa mendoakan yang terbaik untukmu..

untuk kamu..
aku tau kau akan baca bukan..
bukan niat aku untuk menambahkan kerisauan atau rasa bersalah kau..
tapi, aku ingin buat satu pengakuan..
bahawa aku sentiasa menyokong kau apa jua yang kau buat..
dan sebagai seorang kawan aku cuba untuk nasihat kau agar kau tak terbabas..
tapi, sekiranya kau tak boleh menerima apa yang aku katakan..
anggaplah itu hanya sekadar angin..
dan semoga apa yang telah berlaku tidak menjejaskan persahabatan kita..
hanya itu yang aku harapkan..

Comments

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..