Rancangan orentasi sekolah~

sebelum memulakan latihan praktikal.. guru-guru pelatih diminta untuk menjalankan rancangan orentasi sekolah selama seminggu.. kumpul data-data yang diperlukan.. dari hal pentadbiran hinggalah ke pelaksanaan.. semuanya ada 4 kompenan.. lepas kumpul.. kena buat laporan dan refleksi.. apa yang aku leh cakap.. sangat penat.. jumpa cikgu neh.. jumpa cikgu tuh.. fuhhh.. letih ohhh.. dan seminggu yang memenatkan sudah pon berakhir.. dan sekarang tengah berperang dengan laporannya.. hehe..

minggu hadapan.. bermulalah karier aku sebagai guru pelatih.. hehe.. berdebar ouh.. aku agak bernasib baik sebab dapat kelas tingkatan 1.. sebab taklah berat sangat.. CUMA keadaan kelas jek yang aku tak berapa pasti.. dah dapat gambaran daripada cikgu-cikgu.. tapi kena masuk dulu baru tau.. kelas agak belakang jugak.. so, kena fikirkan pendekatan2 yang nak digunakan..

suatu perasaan yang lain apabila diperkenalkan di perhimpunan sebagai guru pelatih.. even tittle guru pelatih.. but still guru jugak.. duduk di depan pelajar.. memerhatikan tingkah laku pelajar.. ouhh.. ini rupanya kerja guru apabila kat perhimpunan.. hehe.. dan bila pelajar memberi salam.. terasa macam terhuyung-hayang.. betul ka mereka memberi salam.. hehehe.. dan satu pengalaman yang baru apabila dapat bergaul dengan para guru dan kenal persekitaran sekolah.. lebih2 lagi sekolah yang terdapat para pelajar yang agak nakal.. suatu cabaran yang harus dihadapi..

dan terasa rindu sangat dengan persekitaran sekolah yang dulu.. dan terpaksa menyesuaikan diri dengan waktu pembelajaran.. sesi petang.. pukul 12 sudah berada di sekolah.. pukul 7 baru keluar sekolah.. Insya-Allah semuanya akan dipermudahkanNya.. dan cabaran yang sebenar baru sahaja bermula..

doakan yang terbaik untuk saya.. insya-Allah.......

Comments

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..