Skip to main content

penyerahan guru pelatih..

pada 17 Julai 2010.. guru-guru pelatih UTM diserahkan secara rasminya kepada guru pebimbing masing-masing.. bertempat di daerah masing-masing..

macam aku berpusat di daerah Kulai di SMK Bandar Putra.. sekolah yang besar.. almaklumlah sekolah terkawa.. hehe.. pagi-pagi lagi dah kena bangun.. ditambah pula dengan hujan pula.. hujan rahmat kot.. hehe.. sesampainya.. teruslah menuju ke bilik mesyuarat.. cewaaahh.. macam nak p mesyuarat plak.. tunggu lah dalam setengah jam.. sambil tunggu tuh dok perhati nama guru pebimbing.. masing2 sedang mengenalpasti guru pebimbing.. tapi, aku punya cikgu gagal dikenalpasti.. takpa..

majlis bermula dengan ceramah oleh timbalan PPD Kulai, En Anuar.. pagi2 lagi dah kena brainwash.. tajuknya.. "Latihan Keguruan: ke arah melahirkan standard guru malaysia" aisehhh.. beliau berpesan.. anda bukan guru baru TETAPI anda baru guru! cuba mengaplikasikan apa yang disampaikan.. huhu.. ditekankan latihan keguruan bukan semata-mata kurikulum.. tetapi, kokurikulum, hal ehwal murid, komuniti dan juga fizikal sekolah.. ok.. nampak macam berat.. next is tugas2 guru dan dikongsikan jugak tips tuk mengajar nanti..

selepas itu, majlis penyerahan guru pelatih kepada guru pebimbing.. guru pebimbing nehlah yang akan bantu kat sekolah neh.. kami digalakkan untuk makan sekali dengan guru pebimbing.. aku pon pi lah terjah cikgu aku.. aku tunggu cikgu kat luar.. dupdap dupdap neh.. tangan dah sejuk.. aircond kot.. hehe.. cikgu ku pon kuar.. aku pon jerit.. cikgu!!! hehe.. gi-la ka nak wat camtuh.. aku dengan sopan santunnya p kat cikgu aku.. err.. puan norhasyimah?? dia mengangguk.. padahal memang dah cam awal2.. saja wat intro.. aku salam tangan.. amik berkat sikit.. hehe.. ak pon meneruskan perbualan.. "err saya aina.. yang cikgu akan bimbing tuh" cikgu tuh pon.. " ohh.. kamu.. nnti kita jumpa kat kantin.. saya nak ke keta kejap".. aku pon.. "ok cikgu".. hehe.. aku pon menuju ke kantin.. perut dah lapar seyh.. berjalan sekali dengan budak2 satu sekolah.. sambil jalan berkenalan dengan cikgu deorang kejap.. iyelahhh tuh.. tipu betul.. hehe.. ok.. sesampainya di kantin.. beraturlah.. aku makan sekali dengan najua.. dia dapat cikgu laki.. bujang plak tuh.. hahaha.. ok.. stop at there.. disebabkan cikgu dia p melepak dengan geng dia.. aku makan sekali dengan dia sambil tunggu cikgu aku.. then.. cikgu aku pon sampai.. kami makan sekali.. sembang2.. dia orang alor setaq rupanya.. ok.. maknany saya boleh bercakap dengan suka hatinya.. hehe.. tanya pasal sekolah.. and aku dapat tau yang aku akan mengajar form 1.. sesi petang.. ohhh.. ok.. relief sikit dengar.. hehe.. and dia cakap panggil kak shima jek.. hehe.. ok.. setelah puas sembang.. kena masuk semula dengar taklimat..

dr hee dengan dr rohana meneruskan taklimat.. tapi more fokus kat guru pebimbing.. iyelah cita pasal cmna nak bagi markah.. guru pebimbing akan observe 6 kali.. fuyohhhh.. macam menakutkan jek bunyi dia..

dan kul 12.. tamatlah taklimat ini.. hehe.. sebelum balik.. p jumpa akakku.. hehe.. mintak nombor telefon.. dan salam..

itulah kisahnya.. so, secara rasminya aku sudah menjadi milik SMK Taman Kota Kulai.. not UTM.. hahaha.. suka2 jek..

isnin neh bermula lah karier ku.. hahahaa.. tapi kena wat Rancangan Orentasi Sekolah.. haiyoooo.. sabar jelah..

Comments

  1. cikgu aina, jangan lupa update gelagat anak2 murid, n pengalaman suka duka hg kat sana ok! hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

ada apa2 yang nak dikongsikan.. diluahkan.. atau apa2 jek.. silakan~

Popular posts from this blog

kelas relief..

hari ini aku nak berkongsi pengalaman aku selama 3 bulan menjadi guru praktikal.. aku nak berkongsi tentang kelas relief.. tahu kan, kelas relief ini, guru-guru dikehendaki untuk masuk ke kelas yang kelas tidak ada guru.. sama ada guru tersebut berkursus, cuti atau ada hal-hal tertentu..

masa dulu sekolah, cukup seronok kan kalau cikgu tak datang.. dan kita boleh buat suka hati.. kalau ada cikgu yang jaga masuk pun, kebiasannya akan disuruh buat kerja sendiri.. betul tak?? hehhee~


setelah menjadi guru praktikal.. aku merasakan cukup FOBIA dengan kelas relief.. malas betul nak masuk kelas dan menjaga kelas tersebut supaya tidak bising.. iyelah, aku pun pernah merasai masa mereka pada dahulu kala.. sekiranya guru mereka ada meninggalkan kerja, senanglah sikit nak menjaga pelajar-pelajarnya.. kalau tidak, jenuhlah.. tuntutan disekolah yang aku praktikal mengkehendaki guru-guru mengadakan aktiviti bersama pelajar.. aku sering saja menyuruh mereka membuat kerja masing-masing.. hahahaha!! k…

perbezaan PRU 13 dan PRU 12 mengikut parti (parlimen)

Assalammualaikum..
nampak gayanya masing2 sudah mengetahui keputusan PRU 13.. tahniah kepada yang telah menang.. dan yang kalah jangan putus asa.. cuba lagi PRU 14.. heeee..
okay.. di sini saya hanya hendak membuat perbandingan parti yang menang.. dan sila analisis sendiri.. hehehe...

klik SINI untuk peringkat DUN
PRU 12PRU 13P1PADANG BESARBNBNP2KANGARBNBNP3ARAUBNBNP4LANGKAWIBNBNP5JERLUNBNBNP6KUBANG PASUBNBNP7PADANG TERAPPASBNP8POKOK SENAPASPASP9ALOR SETARBNPKRP10KUALA KEDAHPKRPKRP11PENDANGPASBNP12JERAIPASBNP13SIKPASBNP14MERBOKPKRBNP15SG PETANIPKRPKRP16BALINGPASBNP17PADANG SERAIBEBASPKRP18KULIMBEBASBNP19TUMPATPASPASP20PENGKALAN CHEPAPASPASP21KOTA BHARUPASPASP22PASIR MASBEBASPASP23RANTAU PANJANGPASPASP24KUBANG KERIANPASPAS

senarai tampal??

ehem.. budak2 UTM sekarang neh tengah kecoh dengan SENARAI TAMPAL.. yeah.. senarai tampal.. gerun.. gerun.. gerun..
apa2 pun senarai tampal.. kau keluar ka tak.. aku tak kisah langsung.. huhu..
aku tak nak tengok kau lagi.. even result yang sebenar pon aku tak nak tengok.. huhu.. sendiri tau resultnya akan teruk.. sendiri juga tak nak terima hakikat.. aishhhhh~ parah2..
yang pasti sila JANGAN tanya aku apa RESULT aku. itu sahaja yang aku nak bagitau.. thank you~