latihan mengajar.. *pasti datang

actually, hari ini aku baru jek sampai ke Penang.. tak sempat aku sampai kat rumah lagi, deorang dah tanya pasal praktikal.. HANGIN betul aku!! balek2 jek lepas mak aku amik.. aku terus online sambil breakfast.. tuh pon kena p pasar dulu..
setelah conference kat YM berjam2, kata putus pon dapat.. ktorang sepakat pilih kat kulai.. aku, najua, sheri dengan aida.. agak bdkatan lah jgak.. penat gila aku rasa.. naseb baik aku dah makan.. aku sangat mengantuk.. tapi dah deorang nak settlekan tuh dulu.. layan jelah..

LM dah daftar.. so, tak lama jek lagi tinggal tuk LM.. micro teaching pon dah nak kena present neh.. huhu..

bila dah 2tahun belajar dalam pendidikan neh, barulah aku nampak tentang BESARNYA tanggungjawab cikgu.. paper2 yang aku dah amik sebelum neh, aku agak kabur lagi tentang cikgu.. iyelah, paper falsafah pendidikan, kurikulum sains matematik, psikologi pendidikan, pengajaran sain matematik dengan pedagogi.. tapi, sem neh bila amik paper pengukuran dan penilaian dalam pendidikan, micro teaching, teknologi pendidikan.. barulah aku nampak.. specially for Dr Baharin yang banyak menyedarkan aku..

dia pernah tanya satu soalan yang kami sendiri tak mampu nak jawab..
situasinya, modul2 yang dikeluarkan oleh kementerian akan disampaikan oleh guru kepada pelajar.. sekiranya seseorang pelajar itu gagal, siapakah yang salah?? pelajar atau guru??
so, sah2 lah guru yang akan bertanggungjawab.. tanggungjawab guru bukan hanya mengajar, malah guru perlu buat penilaian untuk mengetahui kefahaman pelajar.. guru yang bagus ialah guru yang sentiasa membuat penilaian dan memastikan semua pelajarnya menguasai pelajaran.. (so, janganlah marah bila guru nak wat test or kuiz.. dia just nak tau kite neh faham tak apa yang dia ajar) dan apabila, guru telah melakukan usaha tersebut namun pelajar masih gagal menguasai, barulah kesalahan itu diletakkan diatas pelajar.. lihat, betapa BESARNYA tanggungjawab guru.. ini sekaligus meletakkan profession perguruan bukanlah sesenang yang disangka..

so, pa yang aku harap, aku dapat melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan penuh bersungguh-sungguh.. praktikal nanti baru aku dapat merasa apa yang selama ini guru aku rasa.. dan aku harap, aku cukup tabah untuk semua itu dan semangat aku tak akan luntur.. aisehhh..

Comments

Post a Comment

ada apa2 yang nak dikongsikan.. diluahkan.. atau apa2 jek.. silakan~

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..