kerana nila setitik...

salu jek disebabkan suatu benda, suasana akan berubah.. tak kiralah sama ada kita sedar ataupun tak.. tapi, salunya mesti kita sedar.. iyelah, sapalah yang tak sedar bila suasana dah lain..
bila seorang dah mula melarikan diri dari suasana yang sedia ada, yang lain turut akan berubah.. suasana takkan sama macam dulu.. mungkin dulu, riang bergelak ketawa.. tapi sekarang, nak bergelak ketawa pon pikir dua kali.. bila dulu, bebas berkata apa-apa.. tapi sekarang, lebih menjadi sepi dan sunyi.. suasana yang sangat berbeza dahulu dan sekarang.. semuanya hanylah kerana suatu insiden..
insiden yang tidaklah besar mana, tapi mungkin padanya adalah suatu yang sangat besar.. bukan itu yang diinginkan selepas insiden tersebut.. tapi, inginkan keadaan seperti dahulu..
mungkin apa yang berlaku terlalu kejam buatnya, namun.. bukan itu yang sepatutnya terjadi..
suasana yang sedia aman dan harmoni, jangan pula diuji dengan bencana alam..
namun, apa pon yang berlaku pasti ada hikmah disebalik, mungkin ada sesuatu yang perlu dipelajari.. 
bukan niat ku mencoretkan disini untuk mencari kesalahan sesiapa.. tetapi aku hanya inginkan suasana yang aman, damai dan permai terus dipelihara.. bersama dengan riang ketawa dan kegembiraan yang dikongsi bersama.. dan bukan jua niat insiden itu untuk menghalang melakukan suatu perkara yang mulia..
harapanku, semoga semuanya baik-baik belaka dan suasana akan terus terpelihara..

chill my fren.. ;)

Comments

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..