kawalan kelas.. aishhh~

dah lama rasanya tak update blog..
huhu.. rindunya..
heeee~

okay2.. terus kepada tajuk..
kawalan kelas..

walaupun aku belum lagi ditauliahkan sebagai seorang guru..
apatah lagi guru yang berdedikasi.. berkaliber dan professional..
masih.. dan masih lagi merangkak dalam dunia pendidikan..
pengajian masih lagi berbaki setahun.
insya-Allah.. pengajian akan ditamatkan dalam setahun itu..

ilmu2 yang dipelajari ketika di kelas..
belum cukup lagi untuk dipraktikkan ke dalam kelas..
apa yang penting semasa dalam kelas ialah kawalan kelas..
dan bagi aku..
inilah yang paling sukar untuk dikuasai..
bagilah satu buku tebal sekali pun..
belum tentu lagi boleh kuasai kawalan kelas..

kawalan kelas hanya boleh dikuasai dengan pengalaman..
yeahh.. hanya PENGALAMAN..
bagaimana kita handle dengan pelajar2 yang menimbulkan masalah dalam kelas..
kelas pula bukan hanya seorang dua..
tapi tiga puluh..
dan tiga puluh karenah yang berbeza..
mahu tak pengsan dibuatnya..
itulah guru perlu pandai dalam kawalan kelas..

berjaya menguasai kawalan kelas..
pasti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lancar..

yeahh.. masih lagi aku kekurangan itu..
kadang2 terasa aku dibuli di dalam kelas..
huhuhu..
garang?? masa tertentu sahaja aku menjadi garang..
tak mahulah aku mengajar dengan berperwatakan garang..
tak syokk aihhh..

dan tak salah untuk aku katakan..
kawalan kelas melambangkan guru tersebut..
kalau guru tersebut tak dapat kawal kelas..
apa maknanya?
sama ada pelajar nakal atau guru tidak cukup bagus??
haa.. fikirkanlah yek...

Comments

Post a Comment

ada apa2 yang nak dikongsikan.. diluahkan.. atau apa2 jek.. silakan~

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..