taman Matematik SMK Kota Kulai..


pemandangan dari atas




atas berkat kesungguhan guru-guru praktikal Matematik SMK Kota Kulai iaitu aku dan kawan aku Najua Syuhada, kami telah membina sebuah taman Matematik.. semuanya bermula apabila guru praktikal dikehendaki untuk meninggalkan sesuatu di sekolah sebagai tanda kewujudan atau dalam erti kata lain sumbangan.. bukannya wajib pon.. tetapi bergantung pada kesungguhan masing2.. setelah berbincang dengan tuan pengetua, En Zainal serta puan GPK Petang, Pn Sinat, atas nasihat mereka, mereka seboleh2nya tidak mahu mural.. kerana mural tidak kekal lama dan sudah bersepah2 di dinding sekolah..

in progress

setelah hampir sebulan hendak meninggalkan SMK Kota Kulai, barulah idea dapat dikerahkan.. sebuah taman.. taman Matematik.. ideanya muncul apabila sukar untuk mendapatkan BBM (bahan bantu mengajar) untuk topik pepejal geometri.. sekolah tidak mempunyai BBM tersebut dan agak menyesakkan kami untuk membina sendiri model tersebut.. lantas kami ingin membina pepejal geometri tersebut.. hanya 6 asas pepejal geometri yang akan dibina dan dikelilingi bunga2.. iaitu kon, kubus, kuboid, sfera, piramid dan silinder..


student yang membantu simen batu
sebelum berjumpa dengan tuan pengetua, kami telah berjumpa dengan beberapa orang guru untuk mendapatkan pandangan dan nasihat sama ada sesuai untuk dilaksanakan atau tidak.. cikgu Shahrul bertindak sebagai penasihat kerana beliau telah berpengalaman dalam membina arca.. cikgu hamsari pula banyak memberi pandangan dari segi teknikal.. begitu juga dengan cikgu zamri.. setelah semuanya selesai, kami berjumpa dengan tuan pengetua bersama kertas kerja.. Alhamdulillah.. semuanya nampak begitu senang.. tuan pengetua telah meluluskannya..

rangka dawai yang telah dibentuk
dan.. bermulalah episod kami.. berurusan dengan pembekal.. menempah barang yang dikehendaki.. kawasan yang kami pilih agak terbuka dan agak menonjol.. taman yang bakal dibina itu dapat dilihat dari semua sisi bangunan sekolah.. memang mencapap kan.. hehe.. perkara yang pertama yang kami lakukan ialah mencangkul semua rumput2 yang ada.. perghh.. penat kot.. habis melecet tangan.. itu hari pertama.. hari kedua, kami panggil students mencangkul rumput.. hehe.. ngelat tak ngelat.. setelah selesai mencangkul di kawasan yang dikehendaki.. kami mulakan proses simen.. menyimen simen dengan batu sungai di tempat jalan kaki.. bancuhan simen ini, kami mendapat tunjuk ajar sepenuhnya dari pak cik bujang..

pak cik bujang memberi tunjuk ajar tentang bancuh simen..
sambil menunggu student2 neh menyimen, kami menyiapkan replika keenam-enam bentuk.. kami bentukkan dengan dawai.. dan kemudiannya kami sumbatkan dengan surat khabar.. agak renyahlah jugak.. lebih2 lagi untuk bentuk yang memerlukan lekungan..

minggu kedua terakhir.. semua guru sudah bertanyakan sama ada kami mampu atau tidak untuk menyiapkan sebelum kami pergi.. adoi... tension kot.. sabarlah.. takkan kami nak tinggal camtuh jek kot.. dan pada hujung minggu kedua ini juga, kami mendapatkan bantuan pihak luar.. dan menurut 'pihak luar' tersebut, binaan kami tak kukuh.. dan perlu dibuat semula.. sabtu, ahad bertungkus lumus sehinggakan maghrib.. tak cukup maghrib sampai ke malam kami pulun..
student yang tolong mengecat

pada minggu terakhir.. hari rabu.. barulah semuanya selesai.. hanya yang tinggal proses mengecat sahaja.. khamis pagi, ke sekolah.. baru mengecat separuh, hujan turun dengan selebat-lebatnya.. sabarlah hati.. petang khamis, minta bantuan student untuk mengecatnya.. dan pada hari terakhir, hari jumaat.. pagi2 lagi dah ke sekolah untuk final touch..

sign board semua dipasang.. itu pon sign board kami buat sendiri.. lekap, toreh dan spray cat.. tidaklah serumit mana.. dan pada petang Jumaat, kami sudah mampu melihat taman yang kami bina dengan hati yang senang..

TETAPI.. atas desakan guru-guru disitu, kami perlu kembali ke sana untuk meletakkan nama di sana.. Insya-Allah.. kami akan kembali semula dan melihat sama ada masih kekal atau tidak binaan tersebut.. walaupun sangat penat.. kami bangga yang kami dapat melaksanakan apa yang kami lakarkan.. dan semoga dengan taman tersebut, stduent2 disitu akan lebih mencintai Matematik..


cuboid
cube
sphere




cone

cylinder
pyramid

inilah hasilnya

Comments

  1. tahniah. first time tengok projek ni running, ingatkan buat sebab arahan pengetua. huhu.

    ReplyDelete
  2. @eMoxZack

    terima kasih.. :)
    harapnya kekal lah..

    ReplyDelete

Post a Comment

ada apa2 yang nak dikongsikan.. diluahkan.. atau apa2 jek.. silakan~

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..