berakhirnya praktikal di SMK Kota Kulai~

22 Oktober 2010.. genaplah 3 bulan praktikal di SMK Kota Kulai..

dalam tak sedar, tamatlah praktikal.. dan bermula cuti semester.. yang pasti semester depan pasti lebih mencabar..

22 oktober jatuh pada hari Jumaat.. dalam masa yang sama juga, pelajar2 SMK Kota Kulai sesi petang mula menghadapi peperiksaan akhir tahun untuk hari yang pertama..

dengan kekalutan menjaga kelas peperiksaan, sedikit sebanyak mengurangkan rasa sebak meninggalkan sekolah itu.. berpandukan jadual anjal untuk menjaga kelas.. kelas yang 1, kelas 1 UM.. bukan kelas yang aku ajar.. so, tak kesah.. tetapi untuk kelas seterusnya 1UPM.. aku mengambil keputusan untuk menukar dengan kawan aku.. cukuplah mereka menyakiti aku.. aku tak nak disakiti lagi pada hari terakhir aku disekolah itu.. aku tau, bukan senang sebenarnya nak mengawal kelas tu.. hakikatnya, aku masih gagal mengawal kelas tu..

aku menjaga bersebelahan kelas 1UPM.. selesai aku mengutip kertas peperiksaan, belum sempat aku keluar dari kelas 1UKM, pelajar2 1UPM telah menyerbu aku.. mereka mengambil peluang minta maaf dan salam untuk buat terakhir.. dan tak lepas juga, beberapa orang yang menuntut janji dari aku.. dan yang pasti, aku agak kesal kerana berjanji dengan mereka.. mereka tetap jua dengan perangai masing2 hingga hati terakhir aku disitu.. agak terkilan aku..

masuk saja bilik guru, ada beberapa hadiah diatas meja.. terima kasihlah banyak2.. jam pula hampir 6.45 petang, masa untuk pulang.. aku bergegas mencari guru pembimbing aku, pn norhasyimah untuk memberikan hadiah penghargaan yang tidak seberapa.. kami berbual buat seketika.. sebak di dada dah tak tertahan.. aku mengambil keputusan untuk turun ketika cikgu aku sibuk mencari buku..

selesai menurunkan tandatangan di buku rekod kehadiran, aku keluar dan bersalaman dengan cikgu2 yang lain yang ada di situ.. memohon maaf atas kesilapan yang telah dilakukan dan mengharapkan agar dapat bersua suatu hari nanti.. ada juga pelajar2 kelas 1UUM yang menanti aku untuk bersalaman buat terakhir kali.. di parking keta jua, aku bersalam dengan guru pembimbing aku.. aku banyak terhutang budi dengan beliau.. penyelia petang pun turut memberi nasihat untuk digunakan pada masa akan datang..

suatu kelegaan apabila masuk ke kereta dan melepasi pintu sekolah.. yang menandakan telah berakhir praktikal.. dalam kereta, aku teringat akan seorang pelajar yang meletak sesuatu dalam handbag.. aku mencari.. dan berjumpa dengan surat berserta gambarnya.. akhirnya, menitik jua air mata aku ketika membaca surat itu setelah lama memendam sebak di dada..

yang pastinya, aku tidak akan melupakan mereka walaupun ada yang sering menyakiti hatiku.. dan aku sentiasa mendoakan kejayaan mereka.. harapnya, hubungan kami akan kekal dan mereka jua tidak akan melupakan aku.. suatu kenangan yang sangat indah, manis dan pahit yang mengajar aku banyak perkara.. yang juga membuka minda aku untuk lebih bersedia mengahdapi profession perguruan.. dan insya-Allah aku jua akan memperbaiki diri ini lagi dan menjadi seorang guru yang berjaya..

Comments

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..