Skip to main content

marhaban~

suatu kelainan di negeri Johor apabila tibanya Syawal ialah marhaban.. selama neh, tak pernah pon aku ikuti rombongan marhaban neh.. tapi apabila secara automatikny menjadi sebahagian warga SMK Kota Kulai, tempatku praktikal, aku berpeluang untuk mengikuti marhaban ini..

guru-guru akan menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah.. jadual dan alamat rombongan marhaban akan dikeluarkan dan diedarkan kepada semua warga SMK Kota Kulai.. kebiasaannya di buat waktu malam.. yang penatnya kami yang bekerja di waktu petang.. terpaksa bekejaran untuk marhaban..

kebiasaannya acara akan bermula pada pukul 8.30 malam.. guru-guru akan bermarhaban beramai-ramai.. dan kebiasaan marhaban adalah berselawat ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W..

apa yang aku seronok masa marhaban sekali ialah.... mula-mula dapat mengenal lebih guru-guru di sekolah itu.. iyelah, waktu bekerjanya petang.. manalah nak bergaul sangat dengan guru pagi.. dapat jugak tengok anak2, husband and wife cikgu kat sekolah tuh.. dan dapat jugak tengok rumah cikgu neh yang mewah2.. dan yang paling penting.. dapat makan FREE.. hehehe.. tak senonoh langsung..

anyway, best gak dapat join marhaban neh walaupun kadang2 tuh penat jugak..

Comments

  1. pengalaman kan tu..hehe

    tulis banyak2 lagi pasal hidup cikgu

    ReplyDelete
  2. bagus2...g marhaban byk2 makan byk2
    pastu balik trus tdo!! hahahaha

    ReplyDelete
  3. ain~ aha.. pengalaman.. yeahh.. sure.. hehhe..

    mmg mkn bnyk2 pn.. siap btmbh lg kot.. aha.. pastuh blek tido.. keja pn xsiap.. hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

ada apa2 yang nak dikongsikan.. diluahkan.. atau apa2 jek.. silakan~

Popular posts from this blog

kelas relief..

hari ini aku nak berkongsi pengalaman aku selama 3 bulan menjadi guru praktikal.. aku nak berkongsi tentang kelas relief.. tahu kan, kelas relief ini, guru-guru dikehendaki untuk masuk ke kelas yang kelas tidak ada guru.. sama ada guru tersebut berkursus, cuti atau ada hal-hal tertentu..

masa dulu sekolah, cukup seronok kan kalau cikgu tak datang.. dan kita boleh buat suka hati.. kalau ada cikgu yang jaga masuk pun, kebiasannya akan disuruh buat kerja sendiri.. betul tak?? hehhee~


setelah menjadi guru praktikal.. aku merasakan cukup FOBIA dengan kelas relief.. malas betul nak masuk kelas dan menjaga kelas tersebut supaya tidak bising.. iyelah, aku pun pernah merasai masa mereka pada dahulu kala.. sekiranya guru mereka ada meninggalkan kerja, senanglah sikit nak menjaga pelajar-pelajarnya.. kalau tidak, jenuhlah.. tuntutan disekolah yang aku praktikal mengkehendaki guru-guru mengadakan aktiviti bersama pelajar.. aku sering saja menyuruh mereka membuat kerja masing-masing.. hahahaha!! k…

perbezaan PRU 13 dan PRU 12 mengikut parti (parlimen)

Assalammualaikum..
nampak gayanya masing2 sudah mengetahui keputusan PRU 13.. tahniah kepada yang telah menang.. dan yang kalah jangan putus asa.. cuba lagi PRU 14.. heeee..
okay.. di sini saya hanya hendak membuat perbandingan parti yang menang.. dan sila analisis sendiri.. hehehe...

klik SINI untuk peringkat DUN
PRU 12PRU 13P1PADANG BESARBNBNP2KANGARBNBNP3ARAUBNBNP4LANGKAWIBNBNP5JERLUNBNBNP6KUBANG PASUBNBNP7PADANG TERAPPASBNP8POKOK SENAPASPASP9ALOR SETARBNPKRP10KUALA KEDAHPKRPKRP11PENDANGPASBNP12JERAIPASBNP13SIKPASBNP14MERBOKPKRBNP15SG PETANIPKRPKRP16BALINGPASBNP17PADANG SERAIBEBASPKRP18KULIMBEBASBNP19TUMPATPASPASP20PENGKALAN CHEPAPASPASP21KOTA BHARUPASPASP22PASIR MASBEBASPASP23RANTAU PANJANGPASPASP24KUBANG KERIANPASPAS

senarai tampal??

ehem.. budak2 UTM sekarang neh tengah kecoh dengan SENARAI TAMPAL.. yeah.. senarai tampal.. gerun.. gerun.. gerun..
apa2 pun senarai tampal.. kau keluar ka tak.. aku tak kisah langsung.. huhu..
aku tak nak tengok kau lagi.. even result yang sebenar pon aku tak nak tengok.. huhu.. sendiri tau resultnya akan teruk.. sendiri juga tak nak terima hakikat.. aishhhhh~ parah2..
yang pasti sila JANGAN tanya aku apa RESULT aku. itu sahaja yang aku nak bagitau.. thank you~