majlis perpisahan tuisyen jalan jati..

tanpa disangka yang kami menerima pelawaan untuk mengajar tuisyen di kawasan perumahan rumah sewa.. sebenarnya bukan tuisyen tetapi kami lebih suka menggunakan istilah membantu kanak-kanak di kawasan ini yang ada diantaranya sangat lemah.. kanak-kanak dari darjah 1 hinggalah tingkatan 1..
pelajar-pelajar yang mengikuti tuisyen di jalan jati


erbekalkan 4 orang tenaga pengajar dengan kanak-kanak yang hampir 20 orang, kami membahagikan dengan tenaga pengajar yang ada.. aku mengambil kanak2 darjah 5, najua tingkatan 1, sherry darjah 1 dengan 4, aida darjah 2 dan 3..



guru-gurunya pose bersama studentnya..
dan dalam tak sedar juga sepanjang praktikal yang telah tamat, kami juga menamatkan pengajaran kami di jalan jati ini.. dan tanpa disangka juga, ada jamuan kecil-kecilan diadakan untuk kami.. sangat terharu dengan penghargaan yang diberikan..

majlis dimulakan kira2 jam 8.45 malam.. kak fara selaku naib pengerusi persatuan penduduk jalan jati mempengerusikan majlis jamuan..

kak fara yang bertanggungjawab menguruskan tuisyen..
seterusnya ucapan daripada pengerusi persatuan penduduk taman jati..
pengerusi persatuan penduduk jalan jati memberikan ucapan penghargaan..
majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil kami.. iaitu najua..

najua wakil daripada kami memberi ucapan..
dan seterusnya upacara penyampaian sijil penghargaan dan sedikit sumbangan daripada pihak jalan jati..
menerima sumbangan dan sijil daripada persatuan di jalan jati..

seterusnya penyampaian hadiah daripada student2 kepada guru masing2..
terima kasih kamelia untuk hadiah tuh..
terima kasih fyda..
terima kasih jugak sabrina..
dan dengan itu berakhirlah majlis tersebut.. sedikit jamuan ringan disediakan.. walaupun tidak dapat banyak membantu.. tapi sekurang-kurangnya, ada sedikit yang dapat dibantu.. dan harapnya mereka berjaya dalam pelajaran masing-masing.. isnya-Allah.. aku sentiasa mendoakan kejayaan mereka..

dengan student2 aku.. aiman, arshad, kamelia dan sabrina..



antara ibubapa yang turut hadir memeriahkan jamuan..

hadiah2 dan sijil yang diterima..


Comments

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..