Ramadhan tiba lagi...

alhamdulillah.. berpeluang lagi untuk bertemu Ramadhan pada tahun ini.. dalam sedar tak sedar sudah 7 hari kita melalui bulan Ramadhan ini iaitu sepertiga.. hanya berbaki dua pertiga sahaja lagi.. sungguh pantas rasanya masa berlalu..

bulan Ramadhan yang mulia diharapnya dapat dipenuhi dengan aktiviti yang menjurus keimanan.. selain berpuasa, bertadarus dan berterawih amatlah digalakkan.. sungguh indahnya sekiranya dapat memenuhi masa yang terluang dengan bertadarus dan khatam AlQuran di bulan ini..

hati ini begitu kepingin untuk khatam AlQuran pada bulan Ramadhan seperti yang biasa dilakukan pada masa sekolah dulu.. dan melakukan solat sunat dhuha pada masa rehat.. hati ini juga begitu rindu untuk berbuka bersama keluarga di Pulau Pinang.. dan bersama-sama ke surau berdekatan menyertai jemaah untuk solat sunat terawih..

NAMUN.. dek jarak yang memisahkan, aku terima dengan hati yang terbuka.. berbuka jauh disisi keluarga.. dengan menu2 yang sangat aku rindu.. bilakah agaknya dapat aku berbuka bersama keluargaku di Pulau Pinang.. sudah tiga tahun aku rindukan saat itu..

dan sudah lama agaknya aku tidak berpeluang khatam AlQuran di bulan Ramdhan.. kali terakhir adalah di sekolah dulu.. iyelahh, sekolah sering menghambat untuk kami khatam AlQuran.. tapi kini, dek kesibukan yang amat sangat, aku hanya mampu mengisi masa dengan membaca AlQuran.. namun, aku berazam untuk khatam AlQuran pada bulan Ramadhan pada suatu hari nanti..

tidak terlambat kiranya untuk mengucap selamat menyambut Ramadhan al Mubarak ini.. semoga amal yang kita lakukan pada bulan Ramadhan diterimaNya.. insya-allah..

Comments

Post a Comment

ada apa2 yang nak dikongsikan.. diluahkan.. atau apa2 jek.. silakan~

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..