ku ingin....

ku hanya ingin dihormati..
ku hanya ingin mengajar dengan riangnya..
ku hanya ingin mengajar dengan ikhlas..
ku hanya ingin mudah didekati oleh pelajar..
ku hanya ingin tenang ketika di kelas..
ku hanya ingin mereka mereka mendengar apa yang aku ajarkan..
ku hanya ingin mereka bersemangat ketika belajar..
ku hanya ingin mereka patuh dan diam di dalam kelas..
dan
ku hanya ingin melihat mereka berjaya..

NAMUN..

cabarannya sangat tinggi..
cabarannya sangat menduga perasaan..
cabarannya sangat menguji kesabaran hatiku..
dan
cabarannya sangat sangat sangat pahit bagiku..

HAKIKATNYA..

ku tidak dihormati..
ku tidak dapat mengajar dengan riangnya..
ku tidak tenang ketika di kelas..
mereka tidak mendengar apa yang aku ajarkan..
mereka tidak bersemangat ketika belajar..
mereka tidak patuh dan bising di dalam kelas..
dan 
mereka kadang kalanya membuat kerja sendiri dan bertindak bodoh sombong denganku..

aku sangat sedih..
aku sangat kecewa..
aku sangat geram..
aku sangat menyampah..
aku sangat sangat sangat hampa..

apa yang aku harapkan semoga aku
lebih tabah..
lebih sabar..
lebih gigih..
lebih kreatif..
dan lebih bersemangat..

kerana itulah impianku.. cita-citaku..

sesungguhnya..
DURI pada hari ini.. adalah BUNGA pada hari esok..


Comments

  1. aainaa,
    janganlah kau menjadikan,
    keletihan dan kebimbanganmu,
    sebagai tema perbincangan,
    sebab dengan itu,
    engkau telah menciptakan dinding,
    antara dirimu dan kebahagiaan,
    beristighfarlah selalu,
    moga Allah membuka pintu kebahagiaan,
    bagimu secara tiba2.. :)

    ReplyDelete
  2. yes mem..
    copy that..

    thanks iffah.. ;)

    ReplyDelete
  3. cikgu aina...tabah! =)
    teruskan perjuangan utk mendidik anak bangsa...don give up.

    ReplyDelete

Post a Comment

ada apa2 yang nak dikongsikan.. diluahkan.. atau apa2 jek.. silakan~

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..