Skip to main content

sehari yang memenatkan...

yeahh.. hari jumaat yang lepas, aku telah pi bercuti.. bercutilah sangat.. haha!.. trip ke gunung lumut, kluang.. melepaskan penat setelah seminggu bertungkus lumus dengan 3 assignment..

kira-kira pukul 9.00 pagi, maka berlepaslah kami ke sana.. cewahh.. aku, najua, dayah, shery, seha, aida, safia, salwa dengan nurin.. bersamaan dengan 2buah keta kancil.. ftempat yang dituju: rumah salwa.. kami dah tempah makanan dengan mak dia.. and family mak dia pon ikut sama.. kira-kira pukul 11.00 sampailah kat rumah salwa.. masing2 tukar pakaian dan makanan semua disumbat dalam bonet..

perjalanan yang agak jauhlah jugak dari rumah dia.. rasanya mengambil masa hampir 30minit kot.. agak ulu jugak tempatnya.. kira-kira pukul 12.00 tengahari, tibalah kami disana.. yeahhh sangat seronok rasanya tengok air.. (macam tak pernah tengok air plak ehh..) setelah punggah segala barang yang ada, kami pon makan nasi dulu.. almaklumlah, lapar gila.. bila perut pon dah terisi, apa lagi terjun air gunung lah.. hehe.. hampir 2jam jugak kami berendam dalam air.. sejuk.. best gila rasanya..

setelah penat bermain air dan setelah tukar pakaian, kami terus berkemas-kemas untuk aktiviti yang seterusnya.. main boling.. walaupun penat, tetap nak main jugak.. hehe..kira-kira 6.30 petang sampai kat Leisure Mall.. sembahyang semua dulu.. lepas Maghrib baru men boling..

9.00 malam menuju ke danga bay.. cuci-cuci mata.. hehe.. naseblah tak ada barang yang terbeli.. so, save lah duit.. hehe.. ingatkan nak makan kat danga bay.. tapi disebabkan kena tunggu Q yang panjang, kami pon blahlah ke tempat lain.. kat skudai lah jugak jawabnya.. setelah kenyang mengisi perut, baleklah ke utm.. dalam pukul 11.30 malam baru selamat sampai kat UTM... fuyohhh dahsyat tuh seharian keluar berenjoy a.k.a melepaskan tensen.. hehe..

so, have a really great day.. loving.. hopefully, dapat pi lagi ehh.. rancang tuh elok2 sikit.. hehe.. anyway, thanks to all!!!

Comments

Popular posts from this blog

kelas relief..

hari ini aku nak berkongsi pengalaman aku selama 3 bulan menjadi guru praktikal.. aku nak berkongsi tentang kelas relief.. tahu kan, kelas relief ini, guru-guru dikehendaki untuk masuk ke kelas yang kelas tidak ada guru.. sama ada guru tersebut berkursus, cuti atau ada hal-hal tertentu..

masa dulu sekolah, cukup seronok kan kalau cikgu tak datang.. dan kita boleh buat suka hati.. kalau ada cikgu yang jaga masuk pun, kebiasannya akan disuruh buat kerja sendiri.. betul tak?? hehhee~


setelah menjadi guru praktikal.. aku merasakan cukup FOBIA dengan kelas relief.. malas betul nak masuk kelas dan menjaga kelas tersebut supaya tidak bising.. iyelah, aku pun pernah merasai masa mereka pada dahulu kala.. sekiranya guru mereka ada meninggalkan kerja, senanglah sikit nak menjaga pelajar-pelajarnya.. kalau tidak, jenuhlah.. tuntutan disekolah yang aku praktikal mengkehendaki guru-guru mengadakan aktiviti bersama pelajar.. aku sering saja menyuruh mereka membuat kerja masing-masing.. hahahaha!! k…

perbezaan PRU 13 dan PRU 12 mengikut parti (parlimen)

Assalammualaikum..
nampak gayanya masing2 sudah mengetahui keputusan PRU 13.. tahniah kepada yang telah menang.. dan yang kalah jangan putus asa.. cuba lagi PRU 14.. heeee..
okay.. di sini saya hanya hendak membuat perbandingan parti yang menang.. dan sila analisis sendiri.. hehehe...

klik SINI untuk peringkat DUN
PRU 12PRU 13P1PADANG BESARBNBNP2KANGARBNBNP3ARAUBNBNP4LANGKAWIBNBNP5JERLUNBNBNP6KUBANG PASUBNBNP7PADANG TERAPPASBNP8POKOK SENAPASPASP9ALOR SETARBNPKRP10KUALA KEDAHPKRPKRP11PENDANGPASBNP12JERAIPASBNP13SIKPASBNP14MERBOKPKRBNP15SG PETANIPKRPKRP16BALINGPASBNP17PADANG SERAIBEBASPKRP18KULIMBEBASBNP19TUMPATPASPASP20PENGKALAN CHEPAPASPASP21KOTA BHARUPASPASP22PASIR MASBEBASPASP23RANTAU PANJANGPASPASP24KUBANG KERIANPASPAS

senarai tampal??

ehem.. budak2 UTM sekarang neh tengah kecoh dengan SENARAI TAMPAL.. yeah.. senarai tampal.. gerun.. gerun.. gerun..
apa2 pun senarai tampal.. kau keluar ka tak.. aku tak kisah langsung.. huhu..
aku tak nak tengok kau lagi.. even result yang sebenar pon aku tak nak tengok.. huhu.. sendiri tau resultnya akan teruk.. sendiri juga tak nak terima hakikat.. aishhhhh~ parah2..
yang pasti sila JANGAN tanya aku apa RESULT aku. itu sahaja yang aku nak bagitau.. thank you~