review In Time movie...

Assalammualaikum..

ni ada satu juga cerita yang aku dah tengok..
lamaaaaa dulu..
tapi tak adalah lama sangat..
IN TIME..

bagi aku cerita ni sangat MENARIK..
walaupun kalau nak kira logik..
memang tak logik..
tapi rasa macam nak tengok lagi.. heee..
cerita ni bergenre sains fiksyen..


cerita dia mengisahkan..
zaman yang sangat moden apabila gen penuaan telah dimatikan..
dan nyawa mereka bergantung pada masa yang mereka ada..
seorang bayi yang dilahirkan akan hidup sehingga umur 25 tahun..
dan selepas umur 25 tahun.. masa mereka akan berjalan..
kalau tak silap mereka hanya dibekalkan 7 hari sahaja..
jadi.. untuk hidup lebih lama..
mereka perlu bekerja mendapatkan masa tambahan bagi nyawa mereka..
dan matawang mereka juga menggunakan masa yang ada mereka..
jadinya, mereka kena pandai menspendkan masa mereka..
dan pandai mencari masa mereka..
dan kelebihan bagi golongan elit kerana mereka pasti kaya dengan masa..
maknanya mereka boleh hidup berabad lamanya..

ermm.. rasanya mesti tak faham kan apa aku mengarutkan neh..
jadi.....
apa kata.. pergi tengok cerita ni..
tak rugi lahhh..
dijamin..

dan.. moral valuenya..
hargailah setiap masa yang ada..
:)

Comments

Post a Comment

ada apa2 yang nak dikongsikan.. diluahkan.. atau apa2 jek.. silakan~

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..