Langkah pertama untuk PSM ku...

Assalammualaikum..

hari ni mood berblogging datang sekejap..

alhamdulillah..
program hari ini berjalan lancar..

bersama dengan Dr Zaleha, aku dan beberapa orang kawan telah ke SMK Dato Penggawa Barat, Pontian..
kebetulan, Dr Zaleha mendapat undangan daripada pihak sekolah sebahagian daripada program sekolah untuk guru-guru panitia Matematik..
minggu lepas, Dr Zaleha telah ikut serta..
tapi, minggu ini kami berpeluang ikut sama..
ini kerana..
kami ke sana dengan tajuk bengkel..
bengkel pembangunan web dalam matematik..

inilah bengkelnya..


pembangunan web matematik tuh DUNIA MATEMATIK laahh..
disebabkan kami adalah krew Dunia matematik..
maka kami bersama2 mengikutinya..

penglibatan guru2 yang sangat bagus..
hampir 20 orang guru yang terlibat..
masing2 sangat komitmen..

guru-guru yang sangat komited..


setelah dr zaleha memberi penerangan tentang dunia matematik..
guru-guru dipecahkan kepada kumpulan2 kecil..
ini untuk memberi pengalaman kepada guru2 untuk turut menyumbang kepada artikel2 di dunia matematik..
sambil mereka mencari idea, kami masing2 menerangkan apa yang perlu ada di sesebuah ruangan tersebut..
dan insya-allah penghasilan artikel guru2 tersebut akan dipublish pada mac dan april tahun hadapan..
almaklumlah.. waiting list penuh..

walaupun web dunia matematik belum sepenuhnya diselenggara..
namun.. semuanya berjalan baik..
dan beberapa penambaikan perlu dilakukan lagi..
dan ini juga memberi pengalaman kepada kami untuk bersedia dengan web dunia matematik sebelum membawa ke luar..

kami pon sibuk nak bukak jugak..

dan sebagai kesinambungan..
dan setelah melihat aspek yang ada disekolah ini..
kami mencapai keputusan untuk menjalani kajian di sekolah ini untuk PSM 2..
alhamdulillah, guru HEP nya menyambut baik..
semoga dipermudahkan lah untuk kajian melibatkan pelajar pula..

barisan guru SMK DPB..





Comments

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..