dahan itu.......

suatu ketika dulu..
dahan itu sangat kuat..
iyaaa.. sangat kuat..
mampu menampung tidak kira berapa bebannya..

tidak kisahlah berapa lama masa yang diperlukan dahan itu untuk kuat..
tapi aku masih dan masih bergantung pada dahan tersebut..

dahan itu sangat kuat..
tak kiralah seberapa kuat angin yang bertiup..
tak kiralah betapa kuat ribut melanda..
tak kiralah sepanas terik memancar..
aku masih dan masih bergantung pada dahan tersebut..

tapi kini..
aku dapat merasakan kerapuhannya..

namun..
aku masih dan masih bergantung pada dahan tersebut..
dahan yang telah banyak membantu aku..
dahan yang telah menampung aku..
dahan yang telah melindungi aku..

sambil bertahan dan bergantung..
aku cuba untuk menyuburkannya kembali..
aku cuba untuk menyegarkannya semula..
dan..
aku berdoa agar dahan tersebut mampu bertahan sehingga akhirnya..
dan menjadi kuat seperti sedia kala..
dan mampu bertahan dengan gahnya..

kerana bagi aku..
dahan tersebut sangat bermakna bagi aku..
dan..
tidak kira apa yang terjadi pada dahan tersebut..
aku masih dan masih perlu pergantungan dari dahan tersebut..


Comments

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..