dugaan di minggu pertama kuliah..

Assalammualaikum..

seperti apa yang aku kata di last entry..
aku sememangnya sedang diduga..

siapalah yang nak repeat paper..
nau'zubillahiminzalik..

tapi apa daya aku..
ada satu paper yang aku kena repeat..

sabarlah hati..
tabahlah hati..

untuk itu pada minggu pertama aku perlu selesaikan urusan mendaftar subjek ini..
apa yang mendukacita ialah satu jam kelas tersebut clash dengan jadual sedia ada..
lalu aku menyuarakan hasrat aku kepada pensyarah tersebut..
menukar hari kelas berkenaan..
hanya 1 jam saja pintaku..

sangat sedih apabila pensyarah tidak sudi memberi kerjasama..
dibangkangnya dengan alasan dia hanya mengikut apa yang telah diberikan oleh fakulti..
bahkan menyusahkan yang lain apabila menukar nanti..
aku menggagahkan diri mengatakan status subjek tersebut adalah UM..
iaitu wajib ulang.. dan status aku sebagai pelajar tahun akhir..
tidak diendahkannya..
beliau masih tetap dengan keputusannya..

saat itu juga mata aku bergenang..
tak banyak yang aku pinta..
itu satu saja..

yeaa.. betul kata kawan aku..
tak semua mampu memenuhi kehendak kita..
dan tak semua memahami situasi kita..

sangat buntu sekarang neh..
perlu jumpa penasihat akademik untuk meminta pandangannya..
harapnya.. bolehlah dikecualikan untuk tidak menghadirkan diri pada 1 jam yang clash tuh..

harapnya lah......
kalau tak.......
ermmm.. iyaa.. siapalah yang nak extend semester kan....
tapi.......
itu pilihan terakhir aku..



Comments

Post a Comment

ada apa2 yang nak dikongsikan.. diluahkan.. atau apa2 jek.. silakan~

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

PSM a.k.a FYP..