ketinggalankah aku dengan kepesatan Penang?

tadi aku meluangkan masa seketika bersama kawan sekolah aku..
aktiviti yang sering dilakukan ketika cuti semester..
berjumpa dan bersembang..
itu sahaja yang kami lakukan..
macam2 cerita keluar..
kali terakhir aku melepak bersama mereka ialah di Quenssbay.. 
SINI aku ada menceritakannya..
cuti semester yang lepas di Gurney, aku tidak dapat mengikuti bersama..

kali ini.. kami bertemu di Prangin Mall..
tak ramai pun yang ada..
hanya kami berempat..
amirah, ain dan amal..

disebabkan Prangin agak jauh dari rumah aku..
malas pula aku hendak mengerahkan driver aku..
aku pasang driver yang lain pula..
inilah driver aku.. 


sebenarnya sudah lama aku tak naik Rapid ini..
ada juga aku GOOGLE semalam nak naik bas apa pi Prangin..
haha..
teruk betul..
sudah lama sebenarnya tak naik bas..
sudah lupa nombor bas semua..

semasa dalam bas..dapatlah aku tengok bandaraya Penang ini..
hahaha!
sampainya di kawasan Georgetown, aku sudah pening tengok jalannya..
"sejak bila pula ada jalan ini"
"jalan ini tembus mana hah?"
jadi, jangan mintak aku jadi tourist guide kalau nak ke Georgetown..

setibanya aku di perhentian yang dikehendaki..
aku lihat sekeliling..
cuba mengenalpasti dimana aku..
dan cuba mengenalpasti di mana Prangin..
hahah.. teruk betul..
aku hanya perlu melintas jalan saja sebenarnya..
cuba aku menjadi keliru dengan bangunan yang ada..
dan aku sudah lama sebenarnya tak menjejakkan kaki ke kawasan ini..
hampir 3tahun rasanya..

terus aku text kawan aku..
"dimana?"
"mcd" jawabnya..
ok.. mcd Prangin kat mana yek..
sipi2 je ingatan aku..
tapi aku hentam jek..
rasanya macam di tingkat 2..
yeaaa.. aku betul..

sesampainya, terus oder..
menapak di mcd hampir 2jam lebih..
sembang.. sembang dan sembang..
itu yang kami lakukan..
daripada praktikal aku..
ke pembentangan viva..
ke majlis perkahwinan kawan2..
ke blog..
ke pesta Pulau Pinang..
hinggalah ke kemajuan di Pulau Pinang

dan yang paling aku teruja sekali tentang PULAU PINANG..
kawan aku berkata 1st Avenue baru buka berdekatan KOMTAR..
waaah2.. masing2 mula menunjukkan kejakunan..
TIMES SQUARE di penang pun ada juga..
BUKIT BENDERA dan keretapi yang baru..
terasa macam baru balik dari oversea kerana tidak tahu kewujudannya..


setelah puas sembang..
mulakan operasi mengelilingi Prangin..
setelah Prangin.. KOMTAR pula..
KOMTAR sudah semakin meriah.. waaahh..
dan berjalan pula ke 1st Avenue sambil membandingkannya..
ala2 Gurney dan Quenssbay rupanya 1st Avenue ini..
tapi masih banyak kedai tak buka lagi..

setelah puas berjalan.. masing2 pulang..
dan berharap agar dapat berjumpa lagi dengan cerita2 yang lebih panas..
hahaha!!

**apakah motif 1st Avenue dibangunkan berdekatan Prangin dan KOMTAR? pi lah men jauh2.. sungguh tak paham aku..

Comments

Post a Comment

ada apa2 yang nak dikongsikan.. diluahkan.. atau apa2 jek.. silakan~

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

one day girls outing~