Posts

Showing posts with the label baqi

perjalanan umrah 2

Image
Assalammualaikum.. 23 Mac.. Sabtu.. hari pertama di Madinah.. setelah selesai bersarapan.. TH telah memperuntukkan ziarah dalaman.. iaitu sekitar Masjid Nabawi.. Masjid Nabawi adalah masjid kedua yang didirikan oleh Rasullullah.. dan fadhilat solat disini..  1 solat bersamaan dengan 1000 solat.. dan juga barangsiapa yang solat 40 waktu berturut-turut akan terlepas dari api neraka, azab siksa dan sifat munafik.. pertama sekali kami dibawa melawat Makam Rasullullah dari luar.. untuk wanita yang period.. disinilah tempat untuk memberi salam.. kerana makam Rasullullah terletak di dalam Masjid Nabawi.. kubah hijau dimana Rasullullah disemadikan kemudiannya.. kami dibawa ke perkuburan Baqi.. yang terletaknya bersebelahan dengan Masjid Nabawi.. kelebihan bagi orang lelaki.. dapat melihat dengan lebih dekat perkuburan Baqi ini.. Perkuburan Baqi merupakan kawasan perkuburan penduduk Madinah dan juga bagi sesiapa yang meninggal di Madinah.. ...