dah ada yang baru.. lama dilupakan..
sejak akhir-akhir ini aku sering membeli barangan yang baru untuk kegunaan aku.. yang pasti untuk menggantikan yang lama yang sudah uzur.. bukannya niat untuk membazir.. yang paling aku gembira sekali apabila aku dapat menggantikan laptop lama dan menjadi hak milik aku.. walaupun itu bukan duit aku.. laptop sebelum ini sering memberi masalah kepada aku.. dengan suka hatinya laptop tersebut akan restart secara tiba-tiba.. kalau sekali dua, aku boleh tahan.. ini kalau berpuluh-puluh kali.. angin lah jugak aku.. (ayat mau hiperbola.. hehe) itu satu.. keduanya, aku berjaya mencari sandal yang selama ini aku cari.. adakah kerana aku cerewet?? oh tidak.. cuma tidak berkenan di hati.. sandal yang aku pakai sekarang dibeli dalam keadaan terdesak lantas mencapai sahaja apa yang ada.. dan dengan adanya sandal yang baru, maka bye-bye lah yang lama.. yang ketiga.. kasut.. kebetulan ada sale.. erkk.. bukan mengikut nafsu.. tetapi memang ada niat untuk menggantikan yang lama.. sudah lama gila...