Posts

Showing posts with the label sembuh

alhamdulillah.. dah discharge..

hai.. hai.. hai.. ada baca entry aku tentang adik aku kena denggi sampai masuk wad?? SINI kalau nak baca.. dan dia sudah dibenarkan keluar dari wad.. ALHAMDULILLAH.. tak adalah kami sekeluarga risau lagi.. kesian kat mak aku yang menemaninya di sana.. dan insya-Allah.. dia akan mulakan pembelajarannya semula isnin nanti.. dan emak aku pula boleh pulang ke sini.. p/s ada kemungkinan aku kena pulak tak?? heee.. tapi serius, banyak nyamuk kat sini.. :D

cepat sembuhlah yek..

baru sahaja mendapat panggilan ayah aku.. demam adik aku semakin teruk.. dan kepekatan darah makin berkurang.. harapnya dia cepat sembuh.. adik aku yang bongsu.. baru sahaja lagi mendaftar diri di UNITEN.. baru minggu lepas.. isnin yang lepas, beliau mesej kakaknya yang satu ini.. mengatakan bahawa dia demam.. (dalam hati aku terasa lawak.. baru lagi daftar dah demam.. aishhh..) terus aku laporkan kedua ibubapa aku.. kedua ibubapa aku menyuruhnya ke klinik.. dikhuatiri terkena denggi seperti abangnya tempoh hari.. tetapi adik aku ini tak nak pergi.. maka berangkatlah kedua ibubapa aku ke muadzam pada jumaat yang lepas.. segala barang dibawa.. takut2 terkena denggi.. semalam ibubapa aku membawanya ke hospital.. (sebab hospital dekat dengan asrama dia) dan dia disahkan demam denggi.. dan lebih malang apabila ditahan wad.. dan sehingga tadi ayah aku menelefon.. demam adik aku makin teruk.. dan masih lagi ditahan di wad hospital segamat.. dan ayah aku terpaksa berangkat pulang malam i...