Posts

Showing posts with the label umrah

perjalanan umrah 11

Assalammualaikum.. 1 April.. Isnin.. hari keenam di Makkah.. hari terkahir.. setelah selesai solat zohor.. kami dikehendaki melakukan tawaf wada.. tawaf terakhir.. tawaf selamat jalan.. dan selepas itu.. kami terus menaiki bas.. dan bergerak ke Jeddah.. sepanjang perjalanan.. kami singgah di Masjid Qisas untuk solat Asar.. di masjid inilah dijalankan hukuman Qisas.. kemudian kami meneruskan perjalanan dan singgah di sebuah hotel.. bagi menikmati makan malam.. dan solat Maghrib dan Isyak.. dan selepas itu.. kami terus bergerak ke Jeddah airport.. pemeriksaan di Jeddah sangat ketat.. pemeriksaan fizikal pon ada.. dan terpaksa menunggu hampir 2 jam bagi menaiki kapal terbang.. penerbangan kami adalah pada 2 April.. 2.45 pagi.. dan sambil menunggu.. mencari port untuk berehat dan tido.. setelah dapat tempat di dalam kapal terbang.. tido saja lah kerjanya.. penat sangat rasa... selamat tinggal tanah arab... ins...

perjalanan umrah 10

Image
Assalammualaikum.. 31 Mac.. Ahad.. hari kelima di Makkah.. hari ini aktiviti bebas.. memberi kesempatan untuk bershopping.. pagi2 lagi saya dan keluarga keluar menunaikan umrah.. kena keluar bermiqat di Tanaim.. dan kemudian baru kembali ke Masjidil Haram mengerjakan umrah.. alhamdulillah.. umrah yang keempat..  umrah yang terakhir.. sebenarnya kalau dapat buat umrah sebanyak tujuh kali.. ganjaran pahala seperti satu haji.. dan apabila sudah selesai.. kami bershopping2.. dan mengemas barang2.. kerana esok sudah mau pulang... satu pemerhatian yang dapat saya gambarkan tentang Masjidil Haram.. dijaga dengan sangat sangat rapi.. takkan jumpa lah segaris habuk.. dan pada hari ini juga.. saya mengalami kejadian pelik.. apabila dipeluk oleh dua orang hamba Allah.. yang pertama kali ketika hendak melangkah masuk.. dipeluk oleh penjaga masjid.. kemudian oleh seorang ketika menunggu Isyak.. seperti pelukan yang saya akan...

perjalanan umrah 9

Image
Assalammualaikum.. 30 mac.. Sabtu hari keempat di Makkah.. hari ini kami dijadualkan lawatan disekitar Hudaibiyah.. tempat yang pertama sekali ialah ladang unta.. unta disini diletakkan dalam satu kumpulan.. dan dapat dilihat sepanjang jalan.. kami berhenti di sekumpulan unta.. dan dapat minum susu unta.. rasanya.. macam susu biasa.. mungkin sebab fresh.. so tak ada rasa apa.. lagipun saya memang minum susu.. heeee.. dan selepas itu terus ke Masjid Hudaibiyah.. bagi bermiqat dan berniat umrah dan ihram.. sepulangnya ke hotel.. saya dan keluarga mengambil keputusan untuk terus melakukan umrah.. pada ketika ini lebih kurang pukul 10 lebih.. hampir ke tengahari.. kurang sesak ketika ini.. mungkin agak panas siket.. tapi tak adalah panas mana.. cuma silau sedikit.. sebab marmar yang dipasang memantulkan cahaya.. alhamdulillah.. selesai umrah ketiga.. dan setelah selesai.. sambil menunggu zohor.. terjah kedai.... ...

perjalanan umrah 8

Image
Assalammualaikum.. 29 Mac.. Jumaat.. hari ketiga di Makkah.. hari ini tiada aktiviti.. kerana hari ini hari Jumaat.. di sini perempuan boleh turut serta menunaikan solat Jumaat.. tapi ada seorang pak cik ni kata perempuan duduk ja kat hotel.. nanti sesak bagai semua.. baiklah pak cik.. maka.. aktiviti hari ini adalah aktiviti bebas.. dan aktiviti pusing2 kedai.. hehehe.. persekitaran di makkah pada ketika ini sangat berhabuk.. kerana pembinaan sedang giat dilakukan.. pembinaan membesarkan Masjidil Haram.. dan cuaca disini sangat berbeza dengan di Madinah.. di sini panas.. manakalah di Madinah sejuk.. apa2 kesihatan kena jaga lah yek..

perjalanan umrah 7

Image
Assalammualaikum.. 28 Mac.. Khamis.. hari kedua di Makkah.. hari ini kami telah dijadualkan ke ziarah.. tempat pertama sekali ialah Jabal Tsur.. di Jabal Tsur ini terdapat gua Tsur.. dimana Rasullullah dan sahabatnya bersembunyi dari kafir Quraisy yang telah mengejar mereka.. kemudian.. kami melewati Padang Arafah.. kawasan di mana para jemaah haji berkumpul.. dapat dilihat disini kawasan yang sangat kosong.. pasti berbeza bukan pada hari haji.. setelah itu.. kami singgah di Jabal Rahmah.. tempat pertemuan Adam dan Hawa.. dan juga tempat dimana nabi Adam diampunkan Allah.. dan saya mengambil kesempatan untuk memanjat Jabal Rahmah ini.. heee.. tapi tak terdaya untuk ke puncak.. kerana terlalu sesak ramai orang.. dan setelah itu.. kami melewati kawasan Mina.. dimana para jemaah haji bermalam dan melakukan melontar batu di Jamrah.. selepas itu.. kami melewati Jabal Nur.. dimana tedapatnya Gua Hira.. tempat dima...

perjalanan umrah 6

Image
Assalammualaikum.. 27 Mac.. Rabu hari kelima di Tanah Arab.. hari pertama di Tanah Makkah.. hari ini tiada apa aktiviti yang ditetapkan oleh TH.. hanya aktiviti bebas.. merehatkan diri setelah penat mengerjakan umrah di malamnya.. dan kaki saya sudah kejang.. huhuhu.. seriously.. terasa sangat kepenatannya.. nampak sangat tak fit.. pada malamnya.. mak ayah mengajak buat umrah lagi.. maaflah.. tidak kuat untuk mengerjakan lagi.. InsyaAllah esok hari.. di Masjidil Haram.. keadaannya lebih luas.. sebabnya terdapat dua tingkat.. kebiasaannya di tingkat bawah akan sesak.. dan di tingkat atas kurang sesak.. saya dan mak suka ke tingkat atas.. tak adalah sesak sangat.. dan fadhilat solat di Masjidil Haram.. satu solat bersamaan 100 000 solat.. pemandangan dari tingkat 2

perjalanan umrah 5

Image
Assalammualaikum.. 26 Mac.. Selasa..  hari keempat di Tanah Madinah.. hari ini.. selepas solat zohor.. kami akan berangkat ke Makkah.. sebelum itu.. sebelum berangkat.. terlebih dahulu perlu melakukan ziarah wada.. ziarah makam Rasullullah.. kami dikehendaki memakai pakaian ihram siap2 dari hotel.. kerana kami akan pasang niat umrah dan berada dalam ihram di miqat yang telah ditetapkan.. perjalanan Madinah ke Makkah.. mengambil masa lebih kurang empat jam.. kalau tak silap laaa.. huhu.. dan setelah semua siap sedia.. kami bergerak ke Bir Ali.. miqat yang telah ditetapkan sekiranya datang dari Madinah.. disunatkan untuk solat sunat ihram.. dan memasang niat umrah sebelum bergerak meninggalkan miqat.. selepas selesai berniat.. maka.. berada lah dalam keadaan ihram.. dengan meninggalkan 13 pantang larang.. benda yang susah nak jaga adalah rambut.. gugur sehelai dengan sengaja.. dam dikenakan 5 riyal.. dibayar pada pekerj...

perjalanan umrah 4

Image
Assalammualaikum.. 25 Mac .. Isnin.. hari ke tiga di tanah Madinah.. hari ini aktiviti bebas.. maknanya.. aktviti shopping.. shopping sakan laaaa... lepas ni dah nak ke Mekkah pula.. antara barang yang dicari ialah.. jubah.. dan juga souvenir untuk dibawa pulang Alhamdulillah.. dapat dua pasang.. :) dan Alhamdulillah juga.. pada hari ketiga ini.. berpeluang menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi.. hehehehe.. Masjid Nabawi suatu pengalaman yang berbeza dari di Malaysia.. lepas solat, mereka tidak ada bacaan doa.. mungkin baca sendiri2.. dan lepas solat.. mereka terus bersiap untuk solat jenazah.. setiap lepas waktu solat.. pasti ada solat jenazah.. solat jenazah.. solat 4 takbir dan diakhiri salam.. dan jangan terkejut lah.. kalau jumpa air zam-zam di masjid nabawi.. dibawa khas dari Makkah.. dan jangan terkejut juga kalau orang lalu lalang ketika tengah solat sunat.. memang keadaan sangat sempit kot.. ...

perjalanan umrah 3

Image
Assalammualaikum.. 24 Mac.. Ahad.. hari kedua di Tanah Arab.. Madinah.. hari ni kami dijadualkan untuk ziarah luar.. setelah selesai bersarapan.. kami siap sedia menaiki bas.. tempat pertama yang dituju ialah Masjid Quba.. fadhilat Masjid Quba ialah solat sunat 2 rakaat diberi ganjaran 1 pahala umrah.. Masjid Quba ialah masjid pertama yang dibina oleh Rasullullah.. Masjid Quba dan seterusnya kami melewati Masjid Qiblatain.. iaitu masjid dimana berlakunya pertukaran arah qiblat.. ketika Rasullullah sedang solat Zohor pada rakaat ketiga.. turunnya wahyu dari Allah menukar qiblat dari baitulmaqdis ke Madinah.. dan kemudiannya, ke Jabal Uhud.. tempat dimana berlakunya perang Uhud dan terdapat makam para syuhada Uhud.. dalam perang Uhud ni umat Islam kalah.. pada mulanya umat Islam telah menyangka mereka menang.. oleh yang demikian, umat Islam yang ditugaskan menjadi pemanah di Bukit Uhud telah turun dan mengambil harta kaum musyrikin.. walau...

perjalanan umrah 2

Image
Assalammualaikum.. 23 Mac.. Sabtu.. hari pertama di Madinah.. setelah selesai bersarapan.. TH telah memperuntukkan ziarah dalaman.. iaitu sekitar Masjid Nabawi.. Masjid Nabawi adalah masjid kedua yang didirikan oleh Rasullullah.. dan fadhilat solat disini..  1 solat bersamaan dengan 1000 solat.. dan juga barangsiapa yang solat 40 waktu berturut-turut akan terlepas dari api neraka, azab siksa dan sifat munafik.. pertama sekali kami dibawa melawat Makam Rasullullah dari luar.. untuk wanita yang period.. disinilah tempat untuk memberi salam.. kerana makam Rasullullah terletak di dalam Masjid Nabawi.. kubah hijau dimana Rasullullah disemadikan kemudiannya.. kami dibawa ke perkuburan Baqi.. yang terletaknya bersebelahan dengan Masjid Nabawi.. kelebihan bagi orang lelaki.. dapat melihat dengan lebih dekat perkuburan Baqi ini.. Perkuburan Baqi merupakan kawasan perkuburan penduduk Madinah dan juga bagi sesiapa yang meninggal di Madinah.. ...

perjalanan umrah 1

Image
Assalammualaikum... entry dah berbasi.. baru rajin nak meng'up' kan.. huhu.. Alhamdulillah cuti sekolah Mac yang lepas.. saya telah menjalani ibadat umrah bersama ibu bapa saya.. terima kasih mak kerana sudi bawa saya.. T_T kami pergi bersama TH travel.. dibawah Tabung Haji.. 22 Mac hingga 2 April 2013.. tempoh ibadat umrah.. 22  Mac.. juga bersamaan hari Jumaat.. jam 4.30 petang.. kami berlepas ke Madinah daripada Pulau Pinang dengan menggunakan penerbangan Saudi Arabia.. Saudi Arabia Airline  kapalnya besar sekali.. biasalah tak pernah naik kapal terbang besar.. selalunya Air Asia ja.. perjalanan ke Madinah mengambil masa 8 jam 30 minit.. dan di dalam penerbangan.. kami disajikan sebanyak 2 kali makan.. dan disajikan juga dengan stewardess yang comey2.. opssss.. bagasi.... 8 jam 30 minit.. sebenarnya satu perjalanan yang sangat lama.. penat sebenarnya duduk lama2.. dan setelah menempuh 8 jam 30 min...

I am home...

Image
Assalammualaikum.. dah beberapa hari baru nak menaip.. haishhh.. ni lah masalahnya bila malas menguasai.. alhamdulillah.. saya selamat tiba semula di Penang.. selama hampir 10 hari saya meninggalkan Penang dan tanah air.. alhamdulillah.. perjalanan dipermudah kan Nya di sana.. satu kenangan yang entah bagaimana nak ditafsirkan.. apapon.. syukran to my mom.. yang sudi mensupportkan saya.. kalau tak jenuh lah nak tunggu mahram yang bawa kan.. percutian di Tanah Suci.. madinah dan mekah.. dan InsyaAllah juga bukan sebarang percutian.. percutian yang disertai dengan penyucian jiwa.. tak tergambar perasaan apabila menjejakkan kaki di dua tanah haram.. subhanallah.. alhamdulillah.. lagi tak tergambar perasaan apabila Kaabah berada di depan mata.. sebak sungguh.. terima kasih juga kepada krew Saudi Arabia Airlines.. yang menerbangkan kami sekeluarga.. dan kepada Tabung Haji Travel & Tours.. di atas pakej umrah anda.. diizi...