ketinggalankah aku dengan kepesatan Penang?
tadi aku meluangkan masa seketika bersama kawan sekolah aku.. aktiviti yang sering dilakukan ketika cuti semester.. berjumpa dan bersembang.. itu sahaja yang kami lakukan.. macam2 cerita keluar.. kali terakhir aku melepak bersama mereka ialah di Quenssbay .. SINI aku ada menceritakannya.. cuti semester yang lepas di Gurney , aku tidak dapat mengikuti bersama.. kali ini.. kami bertemu di Prangin Mall .. tak ramai pun yang ada.. hanya kami berempat.. amirah , ain dan amal .. disebabkan Prangin agak jauh dari rumah aku.. malas pula aku hendak mengerahkan driver aku.. aku pasang driver yang lain pula.. inilah driver aku.. sebenarnya sudah lama aku tak naik Rapid ini.. ada juga aku GOOGLE semalam nak naik bas apa pi Prangin .. haha.. teruk betul.. sudah lama sebenarnya tak naik bas.. sudah lupa nombor bas semua.. semasa dalam bas..dapatlah aku tengok bandaraya Penang ini.. hahaha! sampainya di kawasan Georgetown, aku sudah pening tengok jalannya.. "sejak bila pula ada jal...