Posts

Showing posts with the label Islam

book review : 33 pesan nabi

Image
Assalammualaikum.. saya nak share satu buku yang sangat menarik.. 33 pesan nabi.. dan ianya diilustrasikan dalam bentuk komik.. sangat sangat menarik!!! secara tak langsung.. kita dapat menerima hadis bukhari-muslim dalam bentuk yang ringkas dan mudah.. buku ini sebenarnya diterbitkan di Indonesia.. dan mendapat bestseller.. dan apabila dibawa ke Malaysia.. buku ini menggunakan edisi Bahasa Melayu sepenuhnya.. buku ni terdapat dua volume.. vol 1.. jaga mata, jaga telinga dan jaga mulut.. vol 2.. jaga hati, buka fikiran.. marilah dapatkan!!!!

sujud syukur

Assalammualaikum.. hari ni saya nak berkongsi tentang sujud syukur.. (baiklah pula guna saya.. hihi) just sekadar perkongsian.. dah alang2 saya google untuk pengetahuan saya.. saya kongsikan anda semua.. walaupun hakikatnya anda pon boleh google juga ya tak.. TUJUAN : menyatakan terima kasih atas nikmat Allah s.w.t dilakukan juga apabila mendengar atau melihat berita menggembirakan atau terselamat dari bencana CARA PELAKSANAAN: 1. menghadap kiblat  2. sujud sekali dan dilakukan di luar solat RUKUN : niat takbiratul ihram sujud memberi salam. BACAAN KETIKA SUJUD: ada yang mengatakan bacaan sujud tilawah.. dan ada juga yang mengatakan cukup dengan alhamdulillah.. dan ada juga mengatakan tiada bacaan khusus.. mudah bukan sujud syukur.. apa2 kekurangan ataupun tersalah info harap dimaafi.. semoga kita sentiasa berada dalam golongan hambaNya yang sentiasa bersyukur.. wallahua'alam.. sumber .. sumber ..

hidayah itu...

Image
Assalammualaikum... alhamdulillah.. dua hari yang lepas berpeluang mengikuti usrah.. well.. kadang2 aku ni ada jugak virus malas nak pi.. heee.. shhhh.. dan alhamdulillah jugak.. keluarga usrah aku bertambah ramai.. salunya hanya kami berlima.. tapi kali ni.. dah bersepuluh.. tapi semuanya mereka punya gang.. huh.. sungguh tak aci.. kena wat proposal ajak someone lah kalau macam ni.. heee.. (sungguh.. aku tak tau macam mana nak ajak.. heee.. takut...) dan aku cuma nak berkongsi apa yang kami kongsikan.. disebabkan ada ahli baru.. maka.. mereka berkongsi bagaimana mereka sertai usrah ini.. one word yang aku boleh rumuskan.. H.I.D.A.Y.A.H bila hati dah diketuk Allah.. jangan pula dibiarkan.. nanti tak terketuk pula.. sungguh.. hidayah itu milik Allah.. tapi kalau kita tak usahakan.. jangan sebut yang tak dapat hidayah lagi.. padahal hidayah Allah tuh dah ada sejak azali lagi.. teringat conversation dengan seorang sahabat.. hida...

hari ke-6 berpuasa..

assalammualaikum... alhamdulillah.. hari ini dah masuk hari yang ke-6 umat Islam berpuasa.. semoga puasa kita kali ini amat bermakna.. amacam dengan terawih? tak ke masjid.. di rumah pon boleh buat.. tak 20.. 8 pon jadilah.. sekurang-kurangnya ada daripada tak ada bukan? khatam al-quran pula apa perkembangan? harapnya masih lagi berterusan.. dan insya-Allah dapat khatam dalam bulan Ramadhan ini.. sekadar mengingatkan diri sendiri dan bloggers sekalian.. itu antara yang perkara sunat yang kebiasaannya dilakukan.. perkara sunat yang lain jangan lupa yek ;)

dah nak puasa dah..

Image
insya-allah petang ini akan tengok anak bulan.. dan sekiranya nampak anak bulan.. maka, malam ini bermulalah 1 Ramadhan.. dan esok kita warga Islam akan memulakan ibadah puasa.. ibadah puasa merupakan rukun Islam yang ke-3.. maknanya sebagai seorang warga Islam kita diwajibkan untuk berpuasa.. dan rukun Islam inilah yang menjadi refleksi sama ada kita seorang Muslim.. jadi, sesiapa yang mengakui dia seorang Islam.. esok jangan lupa puasa yek..  aku tak nak berceloteh panjang tentang ibadah puasa neh.. ramai yang mengakui kehebatan dan kenikmatan bulan puasa.. tapi, berapa ramai yang mengamalkannya? dan ramai yang mengharapkan Ramadhan kali ini lebih bermakna daripada sebelumnya.. harapnya, dapatlah memanfaatkan sebaiknya Ramadhan kali ini yek.. entah berpeluang lagi atau tidak untuk kita bersua lagi dengan Ramadhan akan datang.. aku tak nak share tentang perkara sunat masa bulan puasa neh.. rata2nya pasti ada yang dah tau.. aku cuma nak kong...

`tanda2 takut kepada Allah..

boring kan asyik baca entry emo aku.. kali ini aku entry aku ada ibrah sedikit.. saja untuk kongsikan sesama kita.. mungkin juga sebagai memperingati sesama kita.. dan juga untuk peringatan diri sendiri.. hasil bacaan aku sebentar tadi.. "PENENANG JIWA" baru selesai chapter 1.. haha.. dah berkurun beli.. baru tergerak nak sentuh.. tak apalah kan daripada tak sentuh langsung.. tanda2 takut kepada ALLAH itu kelihatan dalam 7 perkara.. 1. lisannya ; dia menghindarkan daripada dusta, ghibah, menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap.. malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca Al-Quran dan muzakarah ilmu.. 2. hatinya ; dia membuang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya.. kerana kedengkian dapat menghapuskan kebaikan.. seperti Rasulullah SAW telah bersabda.. "hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu" 3. pandanganya ; tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian atau hal-hal lain yang haram.. tidak pul...

ada berani tegur?

Image
kalau ada kesalahan dan kesilapan.. seringkali akan ada yang menegur.. TAHNIAH!  sekiranya anda pernah menegur mereka yang melakukan kesilapan.. bukan mudah untuk menegur mereka yang melakukan kesilapan.. dalam hal kerja.. sudah tentu akan ditegur.. demi menjaga reputasi dan meningkatkan semula konsistensi.. ramai yang senang sekali untuk menegur mereka yang membuat salah dalam hal kerja.. kerana itu demi kepentingan sendiri.. tapi.. bagaimana pula dalam hal agama? ternyata hal agama bukan suatu perkara yang boleh dipandang ringan.. dan untuk menegur mereka yang membuat salah adalah perlu.. kerana kita sudah faham dan mengerti hukum hakam yang telah terkandung di dalam al-Quran.. tetapi.. berapa ramai yang sanggup menegur mereka? kawan anda yang melakukan perkara yang salah disisi agama.. adakah anda akan tegur atau membiarkan sahaja? kadang2 kita hanya mampu melihat sahaja.. jauh sekali untuk menegur dan memperbetulkan mereka.. bimbang nanti akan diperkata kembali.. perkara ya...