jom... doa akhir dan awal tahun..
Assalammualaikum... hari ini merupakan hari terakhir bagi umat Islam.. dan hari ini juga kita bakal melangkah ke tahun yang baru.. 1433Hijriah.. oleh itu.. saya ingin mengingatkan kawan2 supaya membaca doa akhir tahun.. (diri ini pon hampir2 lupa.. terima kasih ukhti yang mengingatkan.. :) ) dibaca tiga kali sesudah asar dan sebelum Maghrib.. Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah ak...