Posts

Showing posts with the label lesen

pengangkutan

Assalammualaikum.. bila umur dah meningkat.. kita memerlukan kenderaan untuk bergerak.. kalau dulu masa sekolah.. bas awam lah pengangkutan yang utama.. dan bila dah makin meningkat.. memerlukan kenderaan untuk bergerak.. lebih2 lagi bila dah bekerjaya.. takkan nak tunggu bas.. boleh ja.. tapi kalau keja pagi.. satu hal plak nak kira jam bas tu ada pukul berapa.. dan sekarang ni.. aku hanya mampu menunggang motosikal.. alhamdulillah.. okay lah jugak.. sedang berkira2 tuk bawa kereta.. iyelah.. lesen ada ja.. tapi nak bawa tu.. hehe.. (panas telinga aku bila orang kata aku peram lesen kereta) dan atas nasihat kawan aku juga.. yang risau aku bawa moto nak ke mana2.. insyaAllah.. satu hari nanti yek.. dan rasanya dah jadi satu keperluan ada lesen ni.. aku ada seorang sepupu aku.. dalam proses ambil lesen.. dan dalam masa yang sama kena hadiri kursus 6 bulan.. tak ka susah nak ulang alik dari rumah ke tempat tu.. mengharapkan...

walaupun motor pinjam.....

minggu terakhir sebelum cuti semester.. seorang kawan aku meminta aku mengesposkan motornya kerana beliau pulang pada hari minggu.. aku pon tolonglah.. hari sabtu aku motor tersebut berpindah tangan ke aku.. jadi..... aku ada satu hari untuk melenjan motor beliau.. haha.. nasiblah lesen aku dah mati.. kalau tak.. aishhh.. jadi.. hanya dalam UTM sahaja aku pusing.. kemanalah sangat.. blok.. kafe.. blok.. kafe.. malam2 kalau rasa lapar rajin pula ke kafe.. kalau tak malas.. hoho.. itu semua sebab ada motor.. isnin sepatutnya aku sudah poskan.. tetapi.. disebabkan tak sempat.. hari selasa baru aku pos.. kesimpulannya.. best kot kalau ada motor.. nak kemana2 pon senang.. ehem2.. kena buat usul neh.. hahaha.. yang penting lesen tuh hah.. adoi.. penat memikirkan tentang lesen..

test JPJ

Image
esok.. 15 Disember.. aku ada test JPJ motosikal..  agak lewat sedikit aku cuba habiskan lesen motosikal ini.. sebenarnya sejak bulan Mei yang lepas lagi.. hehe.. tapi, tak sempat pula.. bulan Julai dah naik Johor.. jadi, cuti ini.. aku cuba untuk selesaikan.. dan esoklah penentu segala-galanya.. huhu.. sekarang ini pun aku dah berdebar2.. huhu.. fobia dengan JPJ.. aku ada sejarah hitam masa ambil lesen kereta dulu.. lesen kereta dah lama aku ambil.. harapnya sejarah hitam masa ambil lesen kereta tak berulang kembali.. tak sanggup aku nak cerita kat sini.. huhu.. masih bersisa lagi walaupun sudah hampir 3 tahun berlalu.. tapi, apa yang aku belajar daripada peristiwa hitam itu.. JANGAN OVER CONFIDENT keyakinan itu perlu.. tapi tak perlu kot over konfident dan cuba mengharap.. bila tak dapat apa yang dihajati..  sakit untuk bangun semula.. insya-Allah.. dengan latihan yang aku jalani.. aku yakin untuk menempuh hari esok.. tetapi tidak mahu meletakkan harapan yang terlalau ti...