dah ada yang baru.. lama dilupakan..

sejak akhir-akhir ini aku sering membeli barangan yang baru untuk kegunaan aku.. yang pasti untuk menggantikan yang lama yang sudah uzur.. bukannya niat untuk membazir.. yang paling aku gembira sekali apabila aku dapat menggantikan laptop lama dan menjadi hak milik aku.. walaupun itu bukan duit aku.. laptop sebelum ini sering memberi masalah kepada aku.. dengan suka hatinya laptop tersebut akan restart secara tiba-tiba.. kalau sekali dua, aku boleh tahan.. ini kalau berpuluh-puluh kali.. angin lah jugak aku.. (ayat mau hiperbola.. hehe) itu satu..



keduanya, aku berjaya mencari sandal yang selama ini aku cari.. adakah kerana aku cerewet?? oh tidak.. cuma tidak berkenan di hati.. sandal yang aku pakai sekarang dibeli dalam keadaan terdesak lantas mencapai sahaja apa yang ada.. dan dengan adanya sandal yang baru, maka bye-bye lah yang lama..


yang ketiga.. kasut.. kebetulan ada sale.. erkk.. bukan mengikut nafsu.. tetapi memang ada niat untuk menggantikan yang lama.. sudah lama gila kot aku pakai yang lama.. jadi, dah ada sale tuh aku pun pau mak aku.. alahai mak, jadi mangsa pula.. tak pa mak.. siapa lagi yang nak pau kan.. hehe..



dan yang terakhir.. aku terpaksa akui.. ini aku beli bukan nak menggantikan yang lama.. mengikut NAFSU semata-mata.. tetapi nampak gayanya aku tak boleh pakai selalu.. tinggi pula heel yang aku beli.. sesuai untuk dinner.. dan aku membeli pun atas tiket kasut raya walaupun hakikatnya pada masa itu raya pun dah lepas.. adoyaii.. apa nak jadi..


sedang berkira-kira untuk menukar cermin mata.. menambahkan power yang sedia ada.. dan juga berkira-kira untuk menggantikan 2nd handphone aku.. huhuhu.. duit oh duit..

Comments

Post a Comment

ada apa2 yang nak dikongsikan.. diluahkan.. atau apa2 jek.. silakan~

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

one day girls outing~