ganjaran dan hukuman pelajar aku..

sebagai bekas guru praktikal dan juga bakal seorang guru.. aisehh.. haha.. penting untuk kita menarik perhatian pelajar kita didalam kelas.. sangat bangga seorang guru apabila pelajar-pelajarnya dapat menyelesaikan soalan yang diberi serta memahami pengajarannya.. tentunya lebih gembira apabila pelajarnya berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan..

bagi kelas aku, mereka agak lemah.. untuk itu, pada ujian aku telah menawarkan tawaran kepada mereka.. "sesiapa yang LULUS matematik, cikgu bagi hadiah".. berkobar-kobar seketika semangat mereka.. siap tanya kalau dapat A.. aku hanya layankan, kalau dapat A, hadiah special.. bukan niat aku hendak memperkecilkan mereka.. tetapi aku ingin memberi suntikan semangat kepada mereka supaya lebih bersemangat dalam pelajaran.. dan sememangnya aku mengotakan janji aku.. ternyata yang tidak berapa menyerlah melihatkan tanda 'jelous'.. siapa suruh tak belajar.. ya tak?? hehe~ dan pada peperiksaan akhir mereka, aku mengotakan janji aku sekali lagi.. tapi untuk yang menuntut sahaja.. kerana aku sudah tidak lagi berada di sana.. aku akan poskan kepada mereka..

hadiah mereka yang menantikan untuk dipos..


aku bukan sahaja memberikan ganjaran.. malahan di dalam kelas biasa, aku sering juga memberi hukuman kepada mereka.. kebiasannya kepada mereka yang sering kali mengganggu pengajaran aku.. sama ada berdiri, tukar tempat mungkin juga merotan atau pun memberi 'anekdot' yang sangat ditakuti mereka.. terpaksa memberikan hukuman supaya mereka lebih berdisiplin.. seorang guru tidak akan memukul pelajarnya tanpa sebab.. yeahhh.. itu betul..

Comments

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

one day girls outing~