2 guru 1 kelas..
sesiapa yang ada baca surat khabar baru-baru ini pasti sedar akan isu ini.. sebagai seorang bakal guru.. isu ini sangat menarik perhatian aku.. hehe..
sila lawat SINI untuk berita penuh..
2 guru 1 kelas.. ini adalah salah satu cadangan untuk menangani isu beban guru.. guru pembantu akan ditempatkan dalam kelas yang melebihi 35 murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah.. guru pembantu ini tidak mengambil peranan sepenuhnya sebagai guru tetapi hanya membantu tugas sampingan.. seperti memasukkan data markah peperiksaan sekolah, mengawal disiplin murid dan menjaga kebajikan murid serta memudahkan guru memberi tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran..
ini hanyalah cadangan yang dikemukakan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP).. dan kerajaan juga ada memaklum balas untuk syor menempatkan dua guru dalam satu kelas ini.. kerajaan memberi maklum balas bahawa, belum bercadang untuk melaksanakannya dan masih belum bersedia melaksanakannya atas faktor kewangan dan penjawatan..
walaubagaimanupun isu ini sangat menarik bagi pihak guru.. daripada apa yang aku dapati daripada hasil pembacaan.. aku dapati ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju.. masing-masing melihat daripada mata masing-masing..
dan bagi aku sendiri.. mungkin aku kurang bersetuju.. sekiranya matlamatnya untuk memudahkan guru memberi penumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, adalah lebih elok sekiranya kelas saiz dikurangkan.. guru akan lebih mudah memberi tumpuan kepada pelajar dengan saiz kelas yang lebih kecil.. dan pelajar juga akan berasa kurang terganggu dengan rakan-rakan yang lain..
penempatan pembantu guru ini juga dapat dilihat sebagai cara untuk membantu guru.. guru dapat memberi penumpuan yang jitu terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.. tanpa diganggu akan hal kebajikan pelajar dan sebagainya.. mungkin pembantu guru ini tidak seharusnya terdiri daripada kalangan guru sendiri..
2 orang guru di dalam satu kelas juga boleh dilihat sebagai suatu yang menyerabutkan sekiranya mereka tidak dapat saling bekerjasama.. walaubagaimanapun, mungkin peranan dan tanggungjawab untuk guru boleh diperincikan sekiranya syor ini hendak dilaksanakan..
ok.. ini adalah pendapat aku.. jadi, apa pendapat anda?
adkh ini bermaksud setiap mase...akan ad 2 guru dlm klas?
ReplyDeleteerkk.. mungkin juga.. ntahlah.. xtaulah nak cakap.. baru disyorkan..
ReplyDeletecam xbest je...mcm jd lecturer lah plak....
ReplyDelete2 orang guru dalam 1 kelas nnti jadi carca marba kelas tu.. hehe.. bek kecilkan size kelas je
ReplyDelete@nazriey
ReplyDeleteaha.. itu ak xtau.. hehe~
@ cik su
ReplyDeleteyupp.. betul2.. better kecilkn saiz kelas..