perlukah bepersatuan neh??
seperti beberapa orang sedia maklum..
aku agak aktif dalam persatuan..
dan kadang2 aku terfikir juga..
apalah faedah yang aku dapat..
kadang2 tuh sampai terabai akademik aku..
itu sudah terbukti..
tapi... aku masih lagi mengaktifkan diri..
aku sendiri pun tak faham aihhh..
dan aku memetik kata2 presiden persatuan aku..
" Dato' NC pernah berpesan pada saya,(saya translate dalam Malay la ya..) "walaupun ada diantara kamu mendapat kepujian ataupun first class sekalipun, saya jamin belum pasti orang itu boleh menjadi CEO dlm sesebuah organisasi.."
okay nampak tak pandangan beliau..
yeahh.. aku tak nafikan itu semua..
apa guna grad dengan first class tapi tidak boleh bekerja dalam sesuatu organisasi..
dan aku juga sedia tahu kelebihan2 apabila bergiat aktif..
senang kata masa dulu kat sekolah nak ke universiti..
apa yang dilihat selain akademik ialah aktif berpersatuan..
dan melalui berpersatuan jugalah..
orang akan nampak betapa kita sangat penting dalam sesuatu itu..
bukannya niat aku ingin mendabik dada atau apa..
tapi.. itu hakikatnya..
aku tidak ingin pun nampak seperti orang yang sangat penting dalam sesuatu..
aku hanya insan biasa..
cuma aku berkelebihan dengan bergiat dalam persatuan..
tidak juga aku nafikan..
kadang2 akademik juga boleh terabai..
aku sendiri sudah mempunyai pengalaman tersebut dan melaluinya..
mungkin di entry lain yek aku cerita..
tapi.. bagi aku pembahagian masa..
waahh.. pandai pula aku cakap..
yeahh.. itu betul..
aku sudah buktikannya juga..
jadi.. tak salah kiranya untuk aktif berpersatuan..
melalui persatuan inilah kita mengenal rakan yang lain..
melalui persatuan ini kita tahu hendak buat kertas kerja..
melalui persatuan ini kita tahu akan sesuatu gerakerja..
melalui persatuan ini kita tahu tatacara untuk memohon sesuatu..
melalui persatuan ini kita tahu bagaimana hendak menguruskan kewangan..
melalui persatuan ini kita tahu penyediaan surat dan laporan..
melalui persatuan ini juga kita tahu bagaimana hendak menjalankan sesuatu program..
yeahh.. tidak ada salahnya..
dan semuanya terpulang pada diri sendiri..
uhuh.. busy and busy... always huh... :pp
ReplyDelete@SaKuRa cHaN
ReplyDeletebz ka?? hehe
ha la.. busy semedang :pp
ReplyDelete@SaKuRa cHaN
ReplyDeletebz semedang?? haha.. xdaklah.. besa2 jek..
betul lah aina ape yg ko ckp, aku setuju. tp aku mmg xminat berpersatuan ni..
ReplyDelete@dayahtaslim
ReplyDeletehehe.. trylah dlu.. ;)