aku ingin berubah...

yeahh.. kali ini aku nak join contest pula..
dah lama rasanya tak join contest.. hehehe..
contest kali ini sangat menarik bagi aku..
terima kasihlah kepada Nadh yang mengajak aku join contest MO..

ermm.. apa eh aku nak karang untuk contest kali ini..
sudikanlah baca yek..
hanya sekadar perkongsian..

***************************************************************************
berubah...
ramai yang ingin berubah..
tetapi hakikatnya..
berubah bukan sesuatu yang senang..
perlu istiqamah dengan apa yang dilakukan..
perlu kuat melawan..
kalau hati tak kuat..
keinginan nak berubah hanya tinggal kenangan..
susah bukan..
tapi tak mustahil..
carilah kawan yang akan menyokong..
insya-Allah anda akan kuat..

***************************************************************************
aku sendiri ingin berubah ke arah yang lebih baik..
dan aku masih lagi gagal..
mungkin aku masih lagi belum kuat..
tetapi masih belum lagi terlewat bagi aku..

aku merupakan bekas pelajar sekolah agama..
aku bersyukur kerana mendapat pendidikan di sekolah tersebut..
secara tidak langsung aku sendiri menjaga adab pergaulan serta aurat2..
di situlah aku belajar untuk memakai tudung labuh.. stoking kaki.. stoking tangan.. kain dalam..
mungkin ada sesetengah beranggapan..
luaran fizikal tidak semestinya melambangkan diri tuannya..
tetapi yang haram tetap haram..
insya-Allah sekiranya dah terjaga aurat semua..
dalaman juga akan terpelihara..

keluarnya aku dari situ..
alhamdulillah aku masih lagi menjaga semua itu..
tetapi..
apabila mula menjejakkan kaki ke matrikulasi..
aku sedar akan beberapa perubahan aku..
aku kebiasaannya memakai tudung berbidang besar..
tapi..
aku mula memakai tudung bawal..
hanya kadang2 sahaja aku memakai tudung berbidang besar..
dan keadaan menjadi lagi kritikal apabila aku menjejakkan kaki ke universiti..
yeahhh..
disinilah aku belajar selempang tudung..
stoking kaki pula hanya kadang2 sahaja aku pakai..
bagi aku.. ini sangat teruk bagi aku..

di universiti juga aku ada terlibat dengan usrah..
tetapi aku gagal memanfaatkan dengan sebaiknya..
bahkan kadang2 aku mengelak dari menghadirkan diri ke usrah.. huhu..

dan aku sedar bahawasanya aku perlu berubah semula ke arah yang lebih baik..
aku sedar.. aku perlu mencari semula identiti aku yang dulu yang telah lama hilang..
dan aku juga tahu aku mempunyai sokongan daripada belakang..
hanya yang tinggal.. pada aku sahaja..
untuk terus istiqamah..
insya-Allah aku akan terus mencuba..
doakan sahaja yaa tuk aku.. ;)

***************************************************************************
nak join jugak??
jom2..
ada beberapa hari sahaja lagi..
klik SINI lah yek..

Comments

  1. nice entry...
    usrah adalh mknn rohanikann..
    jgn sekali diabaikan~~
    nnti jiwa terisi dgn bnda lain..
    sbg peringtn bersama=)

    ReplyDelete
  2. semoga aina akan istiqamah dlm perubahan yang dilakukan.. andai sudah tahu A itu baik mengapa mesti memilih B yang tidak baik?? renung-renungkan..

    terima kasih sudi join..sebarang update terkini akan dimaklumkan di Laman MO

    ReplyDelete
  3. terima kasih sudi join..sebarang update terkini akan dimaklumkan di Laman MO..tq

    ReplyDelete

Post a Comment

ada apa2 yang nak dikongsikan.. diluahkan.. atau apa2 jek.. silakan~

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017

one day girls outing~