one day girls outing~

pelan yang dirangka pada hari Khamis lalu secara spontan..
akhirnya berjaya dilaksanakan dengan gahnya..
hehe..

seawal 7.30 pagi..
kami telah menuju ke air terjun Kota Tinggi..
tempoh perjalanan hampir 1 jam lebih..
awal2 pagi, tidak ramai lagi pengunjungnya..
jadi, sangat BEST..
bayaran masuk RM7.50 seorang..
agak mahal rasanya..
tapi biarlahh.. bila lagi kan..
hehe..



setibanya di sana.. 
perkara yang pertama dilakukan ialah ambil gambar semaksimum mungkin..
biasalah keterujaan melihat air terjun yang sangat gah..
hehe..

selepas itu, barulah kami mencari port yang sesuai untuk mandi..
batu2 sangat licin..
jadi, terpaksa menjaga langkah semasa mandi..
sambil mandi.. sambil makan sandwich yang dibawa..
dah masuk air.. mulalah perut rasa lapar kan..
yang pastinya air terjun Kota Tinggi sangat BEST!!

pukul 12.00 kami keluar dari air terjun ini..
mencari tempat untuk makan pula..
akhirnya, kami makan di Singgah Selalu di bandar Kota Tinggi..

setelah itu, perjalanan diteruskan ke Desaru..
teringin pula nak tengok pantai Desaru..
perjalanan dari Kota Tinggi ke Desaru mengambil masa hampir 1 jam..
dan setibanya di sana, snap gambar semaksimum mungkin lah kerjanya..
ombaknya sangat KUAT..
dan tidak digalakkan untuk mandi..

setelah puas menikmati pemandangan di Desaru..
singgah sebentar pula di Tanjung Balau..
pemandangan yang sangat cantik..
minum petang dahulu sebelum bergerak pulang ke UTM..
tiba di UTM pukul 9.00 malam..
waaaahh2.. penat sungguh..
anyway sangat BEST..
rugi sangat mereka yang tak join..
hehe..


6 orang kesemuanya yang join..
thanks for joining..

Nur Hidayah Taslim..
Zuraida Jusoh..
Nurul Fasehah Zulkifli..
Syahirah Zakarna..
Siti Salwa Alias..

kepada yang tak dapat nak join tuh..
tak apa.. 
lain kali kita pergi tempat lain pula yek..
hehehe~

Comments

Post a Comment

ada apa2 yang nak dikongsikan.. diluahkan.. atau apa2 jek.. silakan~

Popular posts from this blog

kelas relief..

Unduk Ngadau Kaamatan 2017