#1 usrah~ peringatan menempuh hari akhirat
seperti biasa setiap minggu..
aku akan mengikuti usrah..
dan kali ini..
aku ingin berkongsi apa yang aku dapat daripada usrah yang lalu..
berkaitan dengan persediaan untuk menempuh hari akhirat..
maaf sekiranya anda bosan dengan entri kali ini..
kalau TIDAK SUKA dipersilakan untuk pangkah..
ini sekadar perkongsian aku..
dan semoga kita sama2 sentiasa berada dalam redhaNya
pertama sekali..
perbincangan tentang ayat Al-Hasyr ayat 18-21..
yang membicarakan tentang beberapa peringatan..
18. hai orang2 yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
19. dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. mereka itulah orang2 yang fasik.
20. tiada sama penghuni2 neraka dengan pernghuni2 syurga; penghuni2 syurga itulah orang2 yang beruntung.
21. kalau sekiranya Kami menurunkan alQuran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. dan perumpamaan2 itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.
mari sama2 kita renungkan dan hayati apa yang telah diperkatakan dalam ayat tersebut..
dalam ayat ke-18
mengajak kita untuk merenung apakah kita telah berbuat sesuatu untuk hari akhirat kelak? sudah bersiap kah kita dengan amal2 yang kita lakukan?
dalam ayat ke-19
janganlah sedetik pun kita lupa pada Allah.. nescaya apabila Allah melupakan akan kita, maka adalah sukar untuk kita kembali padaNya.. oleh itu, sentiasalah beringat pada Allah supaya kita sentiasa tergolong dalam umat yang dirahmatiNya..
dalam ayat 20
menyatakan akan perbezaan penghuni2 neraka dan syurga.. sudah tentu pasti nikmat di syurga jauh lebih baik daripada azab di neraka.. dan adakah kita benar2 layak ke syurgaNya?
dalam ayat 21
diumpamakan bahawa alQuran tersangatlah berat kerana didalamnya terkandung segala laranganNya, perintahNya yang seharusnya dijadikan panduan dan amalan umatnya.. namun, kita pula hanya memandang alQuran sebagai sebuah buku yang ditulis dalam bahasa arab dan dibacanya apabila terasa perlu..
dalam surah al-Faathir, ayat 45
dan kalau sekiranya Allah menyiksa manusia disebabkan usahanya, nescaya Dia tidak akan meninggalkan di atas permukaan Bumi suatu makhluk yang melata pun akan tetapi Allah menangguhkan (penyeksaan) mereka, sampai waktu yang tertentu; maka apabila datang ajal mereka, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Melihat (keadaan) hamba2Nya
jelas disini bahawa Allah menangguhkan seksaan hamba2nya hinggalah suatu masa.. Allah sentiasa memberi peluang kepada kita untuk memperbaiki diri.. betapa mulianya Dia.. sedangkan kita terus berterusan melakukan khilaf dan salah tanpa sujud bertaubat atas khilafan tersebut.. hendak tunggu seksaan datang baru hendak bertaubat??
jadi, sudah cukupkah amalan2 kita untuk menempuh hari akhirat kelak?
sudah tentu belum cukup lagi kan..
kenapa perlu tunggu pada suatu masa yang sesuai untuk berubah?
sedangkan Allah telah memberi peluang pada kita..
mari sama2 kita renungkan..
sebenarnya ada lagi satu ayat yang dikongsikan.. tapi aku lupa pula.. hehe..
Comments
Post a Comment
ada apa2 yang nak dikongsikan.. diluahkan.. atau apa2 jek.. silakan~