pelan yang dirangka pada hari Khamis lalu secara spontan.. akhirnya berjaya dilaksanakan dengan gahnya.. hehe.. seawal 7.30 pagi.. kami telah menuju ke air terjun Kota Tinggi.. tempoh perjalanan hampir 1 jam lebih.. awal2 pagi, tidak ramai lagi pengunjungnya.. jadi, sangat BEST.. bayaran masuk RM7.50 seorang.. agak mahal rasanya.. tapi biarlahh.. bila lagi kan.. hehe.. setibanya di sana.. perkara yang pertama dilakukan ialah ambil gambar semaksimum mungkin.. biasalah keterujaan melihat air terjun yang sangat gah.. hehe.. selepas itu, barulah kami mencari port yang sesuai untuk mandi.. batu2 sangat licin.. jadi, terpaksa menjaga langkah semasa mandi.. sambil mandi.. sambil makan sandwich yang dibawa.. dah masuk air.. mulalah perut rasa lapar kan.. yang pastinya air terjun Kota Tinggi sangat BEST!! pukul 12.00 kami keluar dari air terjun ini.. mencari tempat untuk makan pula.. akhirnya, kami makan di Singgah Selalu di bandar Kota Tinggi.. setelah itu, perjalanan diteruskan ke...