bezanya kali ini..
dalam tak sedar..
dah 5 hari rupanya aku mencurahkan bakti..
walaupun aku mempunyai pengalaman 3bulan..
namun.. tak cukup lagi aku rasa..
kali ini berbeza sungguh dengan praktikal..
dulu.. guru praktikal..
kini.. guru ganti..
dulu.. sekolah menengah..
kini.. sekolah rendah..
dulu.. masa mengajar dalam seminggu 10 waktu..
kini.. masa mengajar dalam seminggu 28 waktu..
dulu.. mendapat bimbingan sepenuhnya..
kini.. mencari bimbingan..
dulu.. hanya mengajar matematik sahaja..
kini.. tambahan sivik dan kemahiran hidup..
yang pasti.. dulu dan kini berbeza..
pengalaman dulu dibawa pada masa kini..
supaya pada masa kini lebih baik daripada masa dulu..
insya-Allah~
Comments
Post a Comment
ada apa2 yang nak dikongsikan.. diluahkan.. atau apa2 jek.. silakan~