tanpa disangka yang kami menerima pelawaan untuk mengajar tuisyen di kawasan perumahan rumah sewa.. sebenarnya bukan tuisyen tetapi kami lebih suka menggunakan istilah membantu kanak-kanak di kawasan ini yang ada diantaranya sangat lemah.. kanak-kanak dari darjah 1 hinggalah tingkatan 1..
 |
pelajar-pelajar yang mengikuti tuisyen di jalan jati
erbekalkan 4 orang tenaga pengajar dengan kanak-kanak yang hampir 20 orang, kami membahagikan dengan tenaga pengajar yang ada.. aku mengambil kanak2 darjah 5, najua tingkatan 1, sherry darjah 1 dengan 4, aida darjah 2 dan 3.. |

|
guru-gurunya pose bersama studentnya.. |
dan dalam tak sedar juga sepanjang praktikal yang telah tamat, kami juga menamatkan pengajaran kami di jalan jati ini.. dan tanpa disangka juga, ada jamuan kecil-kecilan diadakan untuk kami.. sangat terharu dengan penghargaan yang diberikan..
majlis dimulakan kira2 jam 8.45 malam.. kak fara selaku naib pengerusi persatuan penduduk jalan jati mempengerusikan majlis jamuan..
 |
kak fara yang bertanggungjawab menguruskan tuisyen.. |
seterusnya ucapan daripada pengerusi persatuan penduduk taman jati..
 |
pengerusi persatuan penduduk jalan jati memberikan ucapan penghargaan.. |
majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil kami.. iaitu najua..
dan dengan itu berakhirlah majlis tersebut.. sedikit jamuan ringan disediakan.. walaupun tidak dapat banyak membantu.. tapi sekurang-kurangnya, ada sedikit yang dapat dibantu.. dan harapnya mereka berjaya dalam pelajaran masing-masing.. isnya-Allah.. aku sentiasa mendoakan kejayaan mereka..
 |
dengan student2 aku.. aiman, arshad, kamelia dan sabrina.. |
 |
antara ibubapa yang turut hadir memeriahkan jamuan.. |
 |
hadiah2 dan sijil yang diterima.. |
Comments
Post a Comment
ada apa2 yang nak dikongsikan.. diluahkan.. atau apa2 jek.. silakan~