tuisyen.. tuisyen..
kita dapat lihat pada ketika ini, dimana-mana sahaja ada pusat tuisyen.. kerancakkannya seperti cendawan tumbuh selepas hujan.. tuisyen dilihat dapat membantu pelajar-pelajar yang inginkan kecemerlangan.. tidak cukupkah dengan pengajaran di sekolah?? di sekolah, guru perlu mengambil kira pelbagai tahap mentaliti pelajar.. guru tidak dapat untuk memberikan perhatian yang khusus..ditambah pula dengan gangguan-gangguan yang terdapat di dalam kelas.. sesetengah pelajar tidak dapat memberikan perhatian yang khusus.. inilah pengalaman aku.. kasihan sesetengah pelajar yang ingin belajar tetapi dibantutkan oleh rakan mereka yang membuat pelbagai masalah di dalam kelas.. jadi, pengajaran akan menjadi sedikit terbantut.. hanya dapat memberikan perhatian yang khusus apabila mereka sendiri bertanyakan soalan.. pusat tuisyen dilihat dapat membantu para pelajar.. sekurang-kurangnya mereka mendapat pendekatan yang berbeza.. dan pengulangan yang berlaku akan membantu mereka mengingat pelajaran ...